Permohonan Bantuan Khas Suri Rumah RM480 – Mohon Sekarang!

Bantuan Khas Suri Rumah : Permohonan bagi bantuan ini kini telah dibuka. Suri rumah yang berkelayakan, mereka akan menerima insentif tambahan berjumlah RM480 untuk tempoh setahun. Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.
Table of Contents
MANFAAT BANTUAN KHAS SURI RUMAH
Sekiranya suri rumah tersebut berkelayakan, berikut adalah manfaat yang mereka akan dapatkan :
- Pembayaran sebanyak RM480 bermula tahun 2019 dan pada setiap tahun berikutnya termasuk 2021.
- Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat kelayakan
- Pemohon yang layak bakal menerima Dividen Tahunan KWSP sama seperti pencarum yang lain
- Bukan itu sahaja, melalui skin i-Suri ini, Bantuan Khairat Kematian pun ada di sediakan sebanyak RM2,500

SYARAT KELAYAKAN I-SURI KWSP
Untuk makluman anda semua, permohonan Bantuan Khas Suri Rumah ini akan ditapis melalui beberapa syarat kelayakan. Berikut adlaah syarat kelayakannya :
- Warganegara Malaysia
- Golongan suri rumah yang berdaftar di bawah e-Kasih
- Berumur bawah 60 tahun
- Caruman bulanan sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) / Wanita (KIR)
Nota : Suri rumah hanya boleh memilih salah satu insentif sahaja pada satu masa. Sekiranya anda telah berdaftar denan insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlulah membatalkannya terlebih dahulu untuk sebelum membuat permohonan i-Suri KWSP.
BORANG PENDAFTARAN & LANGKAH MEMOHON
Sekiranya anda merupakan di antara individu yang berkelayakan untuk bantuan ini, permohonan dan pendaftaran ahli i-Suri KWSP boleh di lakukan di mana-mana kaunter KWSP yan berdekatan. Sila sertakan sekali dokumen-dokumen berkaitan bagi memudahkan proses permohonan anda di lakukan :
- MYKAD
- Borang :
- i-Suri – I-SURI KWSP 16G (M)
- i-Suri – I-SURI KWSP 6A (2)
Nota : Caruman ini akan melibatkan seramai 359,065 wanita yang telah berdaftar denan sistem e-Kasih dan telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi menjayakan prorgram ini.
CARUMAN
Bagi membolehkan dan melayakkan suri rumah untuk mendapat RM40 sebulan, caruman individu hendaklah di buat ke dalam akaun KWSP dengan jumlah minimum sebanyak RM5 sebulan atau RM60 setahun.
KAEDAH BAYARAN
Berikut adalah tiga kaedah pembayaran Bantuan Khas Suri Rumah, antaranya :
- Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
- Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, BSN dan RHB Bank.
- Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang di lantik iaitu Maybank dan Public Bank.
MAKLUMAT LANJUT
Sebenarnya, pelbagai lagi bantuan yang boleh anda dapatkan daripada pihak kerajaan. Untuk tahu jenis bantuan lain, sila RUJUK DISINI.