MySTR 2024 : Kadar Bayaran Fasa 1 Mengikut Kategori Penerima

MySTR 2024 : Kadar bayaran fasa 1 mengikut kategori penerima yang berkelayakan kini telah diumumkan. Untuk makluman, bantuan tunai ini adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 yang akan diteruskan lagi pada tahun hadapan.
Table of Contents
MySTR 2024
MySTR 2024 adalah singkatan bagi bantuan tunai iaitu Sumbangan Tunai Rahmah 2024. Ianya merupakan bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dalam berdepan dengan cabaran kos sara hidup kian meningkat.
Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
JUMLAH BAYARAN MYSTR 2024
Pada sidang Belanjawan 2024, telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa bantuan tunai STR akan terus dilaksanakan pada tahun depan. Ini memberikan kabar baik kepada masyarakat yang menerima manfaat dari program ini.
Untuk makluman, pihak kerajaan akan meningkatkan kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah mengikut kategori kelayakan. Dengan kenaikan kadarnya, ianya dapat membantu golongan B40, M40, dan miskin tegar dalam meringankan beban mereka. Insentif ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan.
Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima oleh penerima yang layak mengikut kategori masing-masing :

Untuk makluman, bantuan Sumbangan Asas Rahmah dilanjutkan dan akan dinaiktaraf kadar bayarannnya.

KADAR BAYARAN MYSTR 2024 (FASA 1)
Baru-baru ini, kerajaan telah memaklumkan mengenai bayaran MYSTR Fasa 1 akan mula di laksanakan pada bulan Februari 2024 hadapan. Berikut dikongsikan mengenai kadar bayaran yang akan diterima melalui pelaksanaan STR fasa 1 mengikut setiap kategori :
KATEGORI BUJANG (PENDAPATAN RM2,500)
- RM100
WARGA EMAS TIADA PASANGAN (60 TAHUN KEATAS)
- RM150
KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500)
- Bilangan anak (0) : RM500
- Bilangan anak (1-2) : RM500
- Bilangan anak (3-4) : RM500
- Bilangan anak (>5) : RM500
ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5,000)
- Bilangan anak (0) : RM100
- Bilangan anak (1-2) : RM150
- Bilangan anak (3-4) : RM250
- Bilangan anak (>5) : RM300
TARIKH BAYARAN
Untuk pengetahuan anda, bayaran MYSTR 2024 ini akan dilakukan secara berfasa sama seperti sebelumnya. Ianya akan melalui 4 fasa bayaran dan bayaran pertama adalah :
- FEBRUARI 2024
SEMAKAN & PERMOHONAN BARU MYSTR 2024
Sekiranya anda ingin membuat semakan mengenai status kelayakan dan kemaskini bagi permohonan baru STR, ianya boleh dikemukakan bermula 1 November lagi. Anda boleh berbuat demikian dengan memasuki portal rasmi MySTR iaitu RUJUK DISINI.
MAKLUMAT LANJUT
Sebenarnya, pelbagai lagi bantuan yang boleh anda dapatkan daripada pihak kerajaan. Untuk tahu jenis bantuan lain, sila RUJUK DISINI.