KWSP

FSA 2 : Permohonan Pengeluaran KWSP RM10,000 Kini Masih Dibuka

KWSP FSA 2 : Permohonan pengeluaran KWSP RM10,000 kini masih dibuka. Sekiranya anda adalah ahli KWSP yang aktif, pengeluaran dengan jumlah tersebut adalah dibenarkan. Pengeluaran tersebut adalah bersyarat dan ianya akan diberikan secara one-off.

FASALITI SOKONGAN AKAUN 2 (FSA2)

Fasaliti Sokongan Akaun 2 merupakan salah pengeluaran yang dibenarkan dan telah dilancarkan oleh pihak KWSP. Ianya bertujuan bagi membolehkan pencarum memohon pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah adalah dibenarkan untuk membuat pengeluaran minimum RM3000 dan maksimum RM50,000. Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

Permohonan Pengeluaran KWSP

PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP RM10,000

Semua pencarum yang ingin membuat pengeluaran melalui program KWSP FSA2 ini adalah dibenarkan dengan kadar minimum RM3000 dan sehingga RM50,000. Namun begitu, ianya adalah tertakluk kepada baki simpanan pencarum didalam akaun 2 KWSP.

KWSP FSA2 : SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan bagi setiap permohonan bagi pengeluaran tersebut :

  • Permohonan terbuka kepada ahli KWSP
  • Ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun
  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Permohonan tidak boleh dibatalkan
  • permohonan hanya sekali sahaja
  • Tarikh permohonan dibuka dalam tempoh setahun bermula 7 April 2023
  • Minimum baki akaun simpanan akaun 2 minimum RM3,000
  • Mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh institusi perbankan

CARA MOHON PENGELUARAN

Berikut adalah beberapa cara untuk membuat permohonan pengeluaran KWSP tersebut :

  • Membuat semakan awal kelayakan dalam Akaun 2 KWSP melalui portal KWSP atau portal institusi perbankan yang mengambil bahagian
  • Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut syarat dan terma yang dipersetujui dengan institusi perbankan
  • Membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 55 Tahun atau 55 Tahun kepada KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan.

TARIKH PERMOHONAN

Untuk makluman anda, permohonan Pengeluaran KWSP Bersyarat FSA 2 ini telahpun dibuka bermula :

  • 7 APRIL 2023

Manakala, bagi BSN pula permohonan boleh dibuat pada 15 April 2023.

MAKLUMAT LANJUT

Ramai rakyat Malaysia yang tidak mengetahui mengenai pelbagai bantuan daripada pihak kerajaan yang boleh dimanfaatkan. Oleh itu, sekiranya anda ingin tahu apakah jenis bantuan yang ada, SILA RUJUK DISINI.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh semak di https://www.kwsp.gov.my/fsa2

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button