Bantuan KerajaanBantuan Awal PersekolahanBELANJAWAN 2024

BAP 2024 : Bantuan Kewangan RM150 Kepada Setiap Murid

BAP 2024 : Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 akan disalurkan kepada setiap murid pada tahun 2024 ini. Bantuan ini telah diumumkan oleh pihak kerajaan dalam membantu setiap isi keluarga tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), seramai 5,254,200 pelajar akan menerima bantuan one-off ini merangkumi seluruh sekolah yang ada di Malaysia. Berita ini sudah tentu membuat para penjaga murid tersebut dapat menarik nafas lega.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP 2024)

BAP 2024 atau lebih dikenali sebagai Bantuan Awal Persekolahan merupakan salah satu bantuan kerajaan dalam membantu ibubapa/penjaga yang berpendapatan rendah agar dapat memenuhi segala keperluan anak-anak ketika sesi persekolahan bermula.

Dengan peruntukan sebanyak RM788,130,000 yang disediakan, ianya bakal memanfaatkan seramai 5,254,200 murid. Setiap murid pada sesi 2024 nanti akan menerima bayaran sebanyak RM150 tanpa tapisan.

TARIKH BAYARAN BAP 2024

Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, bayaran BAP 2024 ini seperti kebiasaannya akan mula disalurkan pada :

  • JANUARI 2024

Walaubagaimanapun, tiada tarikh spesifik bilakah ianya akan mula disalurkan. Pihak kami akan maklumkan sekiranya terdapat info mengenainya.

BAP 2024

KADAR BAYARAN

Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) didalam kenyataan rasminya, seluruh pelajar yang layak akan menerima bayaran sebanyak :

  • RM150 seorang

SYARAT KELAYAKAN

Walaubagaimanapun, bayaran bantuan ini hanya akan disalurkan kepada murid yang :

  • Murid tersebut hendaklah Warganegara Malaysia.
  • Semua murid adalah layak menerima RM150 tanpa melihat had pendapatan ibu bapa atau penjaga mereka.

KAEDAH BAYARAN

Berikut adalah kaedah bayaran Bantuan Awal Persekolahan BAP 2024 yang akan disalurkan nanti :

  • Melalui sekolah
  • Bayaran secara tunai
  • Kedalam akaun masing-masing

KPM percaya Bantuan Awal Persekolahan ini dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa/penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan sedia ada sentiasa memainkan peranan dalam membantu rakyat Malaysia khususnya golongan atau individu yang terjejas dari segi ekonomi dan kesihatan. Pelbagai bantuan yang boleh anda manfaatkan. Untuk tahu bantuan lain, sila RUJUK DISINI.

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button