SARa RM600 : Bayaran Tambahan Kepada Penerima STR 2023 – Semak Sekarang!

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan sebuah bantuan tunai yang diberikan oleh pihak kerajaan tahun 2023. Bantuan ini telah memberikan impak positif kepada rakyat Malaysia khususnya golongan yang terjejas.
Selain itu, bayaran tambahan RM600 juga akan diberikan sekiranya anda adalah penerima STR tahun 2023 ini. Apa yang menariknya, bantuan tambahan ini akan diagihkan untuk tempoh 6 bulan berturut-turut.
Table of Contents
SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARa)
Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim telah mengumumkan, sekiranya anda adalah penerima STR 2023, anda akan terima bayaran RM600 melalui program Sumbangan Asas Rahmah.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan penerima :
- Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data e-Kasih; dan
- Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARa)
Bayaran Sumbangan Asas Rahmah ini akan dikreditkan secara berperingkat untuk tempoh 6 bulan berturut-turut iaitu :
BULAN | JUMLAH |
---|---|
JULAI | RM100 |
OGOS | RM100 |
SEPTEMBER | RM100 |
OKTOBER | RM100 |
NOVEMBER | RM100 |
DISEMBER | RM100 |
Ini bermakna, bayaran bulan Oktober ini akan dikreditkan sekiranya penerima tersebut berkelayakan.
Info : Bagi WP Labuan, Sabah dan Sarawak pula, ketiga-tiga negeri ini telah selesai dibayar dengan sekali bayaran RM600.
TARIKH BAYARAN
Seperti yang telah dijadualkan, bayaran ini akan disalurkan pada :
- OKTOBER 2023 (RM100)
Walaubagaimanapun, tiada tarikh rasmi lagi diumumkan.
SEMAKAN STR TAMBAHAN (E-KASIH)
Sekiranya anda ingin membuat semakan, sila rujuk dibawah :
- Layari portal rasmi e-kasih : https://ekasih.icu.gov.my
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Tekan butang carian
- Kepada mereka yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat seperti nama, nama KIR, status daftar, negeri dan daerah.
MAKLUMAT LANJUT
Maklumat lanjut, boleh klik pautan dibawah :
