Bantuan Kerajaan

E-Tunai RM100 : Kredit Percuma Untuk B40 & M40 Bulan Oktober Ini

E-Tunai RM100 : Rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas, individu tersebut adalah layak bagi menerima bantuan E-Tunai berjumlah RM100 pada awal Oktober ini.

Perkara ini telahpun diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dimana pihak kerajaan bersetuju untuk memberi bantuan ini kepada golongan B40 dan M40. Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

E-TUNAI RM100

Pelaksanaan E-Tunai ini akan memanfaatkan lebih daripada 10 juta penerima daripada golongan B40 dan M40, masing-masing akan terima kredit sebanyak RM100.

Bantuan kredit e-tunai ini diberikan kepada golongan dewasa setelah melihat kejayaan dan impak yang positif daripada daripada program e-tunai sebelum ini ke atas masyarakat. Ianya sekali gus mendorong rakyat Malaysia berbelanja tanpa tunai.

KADAR BAYARAN

Individu yang layak akan menerima bayaran sebanyak :

  • RM100

TARIKH BAYARAN

Bayaran e-tunai ini akan dilaksanakan pada suku keempat 2023. Ini bermakna, ianya akan mula disalurkan pada :

  • OKTOBER 2023

Walaubagaimanapun, tiada tarikh rasmi lagi. Pihak kami akan maklumkan sekiranya ada makluman rasmi mengenainya.

SYARAT KELAYAKAN

Beberapa syarat kelayakan iaitu :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan, anda boleh rujuk disini :

Admin Keizim

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button