Bantuan Kerajaan

BINGKAS : Syarat Kelayakan Bantuan Kewangan RM300 Sebulan Untuk B40

BINGKAS : Bantuan kewangan sebanyak RM300 sebulan adalah khas untuk B40 yang tinggal di negeri Selangor. Rakyat Selangor yang ingin memohon, pastikan anda memenuhi kriteria kelayakan yang akan kami kongsikan dibawah ini.

BINGKAS RM300 SEBULAN

Bantuan Kehidupan Sejahtera merupakan bantuan e-wallet khas untuk rakyat negeri Selangor. Bantuan yang memperuntukkan RM108 juta ini akan memanfaatkan seramai 30,000 keluarga dari B40 yang mana, setiap kelayakan akan menerima bayaran RM300 setiap bulan.

MANFAAT BINGKAS

Antara manfaat yang akan diterima melalui inisiatif ini adalah :

  • Had pembelian RM300
  • Baki tidak dibawa ke bulan seterusnya.
  • Tambah nilai secara automatik pada setiap bulan.
  • Boleh membeli barang keperluan asas dan perihal pendidikan (keperluan sekolah seperti buku).

SYARAT KELAYAKAN 

Sebelum kemukakan permohonan, sila semak dahulu syarat kelayakan dibawah :

  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
  • Pemilih berdaftar di Selangor 
  • Tanggungan berumur 18 tahun ke bawah.
  • Pendapatan isi rumah dibawah RM3000/Sebulan

PENERIMA RM300

Bantuan ini hanya akan disalurkan melalui kredit e-wallet, bukannya secara tunai :

Ianya adalah bertujuan agar rakyat Malaysia terbiasa dengan membeli barang melalui pembayaran tanpa tunai.

Info : Kredit e-wallet RM300 sebulan ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan di pasaraya dan kedai runcit berdaftar. Jumlah ini secara automatik akan ditambah ke paras RM300 setiap bulan kepada penerima yang layak.

CARA MOHON

Sila kemukakan permohonan anda melalui portal rasmi iaitu : https://www.bingkasselangor.com/

Beberapa dokumen penting yang perlu anda sediakan adalah :

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika ada)
  • Salinan kad pengenalan/ mykid/ surat lahir anak/ tanggungan
  • Salinan slip/ penyata gaji untuk penjawat awam
  • Salinan penyata EA atau KWSP untuk pekerja swasta
  • Surat pengesahan penyata pendapatan dari ketua komuniti bagi bekerja sendiri atau tidak bekerja
  • Dokumen lain yang berkaitan

MAKLUMAT LANJUT

Pelbagai lagi bantuan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan yang boleh anda dapatkan pada tahun ini. Untuk lebih lanjut, sila RUJUK DISINI.

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button