SARa RM600 : Bayaran Tambahan Untuk Penerima STR Telah Dikreditkan

Anda sedia maklum, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telahpun melalui 3 fasa bayaran. Seramai 8.7 juta golongan B40 telah menerima bayaran bermula RM100 sehingga RM800.
Bukan itu sahaja, kerajaan telah bersetuju akan memberikan bayaran tambahan RM600 menerusi program bantuan tersebut dan pada bulan bulan September ini, bayaran akan disalurkan.
Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.
Table of Contents
SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARa)
Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim telah mengumumkan, bayaran tambahan berjumlah RM600 akan diberikan melalui program Sumbangan Asas Rahmah.
Walaubagaimanpun, bantuan tambahan ini bukanlah dalam bentuk bantuan tunai, akan tetapi ianya adalah sebuah baucar barangan asas dan sumbangan bakul makanan.
Berikut adalah kategori penerima yang layak :
- Akan diberikan kepada setiap isi rumah STR termiskin yang berdaftar mengikut data e-kasih.
BAYARAN STR TAMBAHAN RM600
Seperti yang telah diumumkan, bayaran SARa ini akan dibayar secara berperingkat iaitu RM100 sebulan bagi tempoh selama 6 bulan.
Oleh itu, pada bulan September ini, penerima yang layak akan menerima bayaran kali ketiga berjumlah RM100. Bermakna, hanya berbaki 3 fasa bayaran sahaja lagi iaitu hingga Disember nanti.
Info : Untuk makluman, bagi negeri WP Labuan, Sabah dan Sarawak telah menerima bayaran tersebut dengan hanya sekali bayar sahaja. Bayaran ini sama seperti kaedah bayaran STR Fasa 3 iaitu pengkreditan melalui akaun bank ataupun tunai.
TARIKH BAYARAN
Seperti yang telah dijadualkan, bayaran ini akan disalurkan pada :
- September 2023 (RM100)
Walaubagaimanapun, tiada tarikh rasmi lagi diumumkan.
SEMAKAN STR TAMBAHAN (E-KASIH)
Berikut adalah cara untuk membuat semakan samada anda layak ataupun tidak bagi menerima STR tambahan ini :
- Layari portal rasmi e-kasih : https://ekasih.icu.gov.my
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Tekan butang carian
- Kepada mereka yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat seperti nama, nama KIR, status daftar, negeri dan daerah.
JUMLAH BAYARAN STR 2023
Berikut adalah kadar dan jumlah keseluruhan bayaran STR 2023. Sila rujuk jadual dibawah :

MAKLUMAT LANJUT
Maklumat lanjut, boleh klik pautan dibawah :
