MySTR : Syarat Kelayakan STR Fasa 4 Bagi Penerima Yang Layak

Anda sedia maklum, 3 fasa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah selesai disalurkan kepada penerima yang layak.
Dari pelaksanaan 3 fasa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tersebut, seramai 8.7 juta penerima telah menerima bayaran bermula dari RM100 sehingga RM800.
Bantuan ini akan melalui 4 fasa bayaran. Berikut kami kongsikan mengenai syarat kelayakan yang ditetapkan kepada penerima yang layak.
Table of Contents
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Disember lalu, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) telah diperkenalkan dan akan dilaksanakan pada Januari ini. Namun, bantuan ini telah ditukar dan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan ini selaras dengan langkah Kerajaan Perpaduan yang memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif kepada golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
TARIKH BAYARAN STR FASA 4
Seperti yang telah dijadualkan, bayaran bagi Fasa 4 akan disalurkan pada :
- NOVEMBER 2023
Untuk makluman, bayaran ini akan disalurkan secara berperingkat.
SEMAKAN STATUS
Bagi anda yang tidak tahu bagaimana cara untuk membuat semakan, berikut adalah cara untuk membuat semakan :
- Klik Log Masuk MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Maklumat yang akan dipaparkan
- Nama Pemohon
- No Mykad Pemohon
- Status Permohonan
SYARAT KELAYAKAN STR FASA 4
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :
- i: Isi Rumah
- a) Kahwin; atau
- b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- ii. Warga Emas Tiada Pasangan
- a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- iii. Bujang
JUMLAH BAYARAN STR FASA 4
Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima setiap kategori :
1. Pendapatan Isi Rumah Bawah RM2,500
- Tiada Anak : RM200
- 1 – 2 Anak : RM600
- 3 – 4 Anak : RM900
- >5 Anak : RM1200
2. Pendapatan Isi Rumah RM,2501 – RM5,000
- Tiada Anak : –
- 1 – 2 Anak : –
- 3 – 4 Anak : RM300
- >5 Anak : RM500
3. Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas) : RM200
4. Bujang (21 – 59 tahun) : –
5. Bujang OKU (19 – 59 tahun) : –
