Rasmi : Ramai Telah Terima STR Tambahan RM600 One-Off Mula Isnin Lalu

Anda sedia maklum, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telahpun melalui 3 fasa bayaran. Seramai 8.7 juta golongan B40 telah menerima bayaran bermula RM100 sehingga RM800.
Bermula 7 Ogos baru-baru ini, bayaran secara one-off sebanyak RM600 telah mula dibayar ke akaun penerima menerusi program Sumbangan Asas Rahmah (SARa).
Untuk makluman, hanya negeri Sabah, Sarawak dan Labuan sahaja yang menerima bayara secara one-off, berbeza bagi negeri-negeri lain.
Table of Contents
SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARa)
Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim telah mengumumkan, bayaran tambahan berjumlah RM600 akan diberikan melalui program Sumbangan Asas Rahmah.
Walaubagaimanpun, bantuan tambahan ini bukanlah dalam bentuk bantuan tunai, akan tetapi ianya adalah sebuah baucar barangan asas dan sumbangan bakul makanan.
Berikut adalah kategori penerima yang layak :
- Akan diberikan kepada setiap isi rumah STR termiskin yang berdaftar mengikut data e-kasih.
BAYARAN RM600 ONE-OFF
Seperti yang telah diumumkan, bayaran SARa ini akan dibayar secara berperingkat iaitu RM100 sebulan bagi tempoh selama 6 bulan.
Untuk makluman, bagi negeri WP Labuan, Sabah dan Sarawak akan menerima bayaran tersebut dengan hanya sekali bayar sahaja. Bayaran ini sama seperti kaedah bayaran STR Fasa 3 iaitu pengekreditan melalui akaun bank ataupun tunai.
RAMAI YANG TELAH TERIMA BAYARAN
Menerusi perkongsian media sosial di Facebook, segelintir penerima berkongsi dimana bayaran telah dikreditkan ke akaun mereka.

TARIKH BAYARAN
Pada minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa, bayaran STR Tambahan (SARa) ini akan disalurkan bermula :
- 7 OGOS 2023
SEMAKAN STR TAMBAHAN (E-KASIH)
Berikut adalah cara untuk membuat semakan samada anda layak ataupun tidak bagi menerima STR tambahan ini :
- Layari portal rasmi e-kasih : https://ekasih.icu.gov.my
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Tekan butang carian
- Kepada mereka yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat seperti nama, nama KIR, status daftar, negeri dan daerah.
JUMLAH BAYARAN STR 2023
Berikut adalah kadar dan jumlah keseluruhan bayaran STR 2023. Sila rujuk jadual dibawah :

MAKLUMAT LANJUT
Maklumat lanjut, boleh klik pautan dibawah :
