Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 Dikreditkan Sebelum Raya Haji – Semak Sekarang!

Anda sedia maklum, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dan 2 telahpun selesai dilaksanakan pada Januari dan April 2023 baru-baru ini.
Melalui pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dan 2 ini, sebanyak RM2,93 bilion telah diperuntukkan bagi memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima yang berkelayakan.
Terbaru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan waktu bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 nanti.
Table of Contents
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Disember lalu, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) telah diperkenalkan dan akan dilaksanakan pada Januari ini. Namun, bantuan ini telah ditukar dan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan ini selaras dengan langkah Kerajaan Perpaduan yang memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif kepada golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
TARIKH BAYARAN STR FASA 3
Sebentar tadi, Perdana Menteri telah memberitahu di Dewan Rakyat bahawa pelaksanaan STR Fasa 3 dijangka disalurkan bermula :
- Sebelum Aidiladha
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN
Bagi anda yang tidak tahu bagaimana cara untuk membuat semakan, berikut adalah cara untuk membuat semakan :
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Maklumat yang akan dipaparkan
- Nama Pemohon
- No Mykad Pemohon
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)
SYARAT KELAYAKAN STR 2023
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :
- i: Isi Rumah
- a) Kahwin; atau
- b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- ii. Warga Emas Tiada Pasangan
- a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- iii. Bujang
- a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.