Terkini : Bantuan Tambahan RM500 Akan Diberikan Kepada Ahli KWSP
Jumaat lalu, Belanjawan 2023 telah dibentangkan semula susulan pertukaran kerajaan berikutan Pilihan Raya Umum Ke-15 pada November 2022 lalu.
Melalui pembentangan belanjawan tersebut. Kerajaan telah bersetuju akan memberi bantuan tambahan berjumlah RM500 kepada pencarum KWSP. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada ketetapan syarat ahli tersebut.
Untuk lebih lanjut, ikuti perkongsian dibawah.
Table of Contents
BANTUAN KEWANGAN RM500 KWSP
Ketika sesi pembentangan Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah bersetuju akan memberi caruman tambahan kepada pencarum Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 (Akaun 1) kepada ahli yang layak.
Program ini akan memberi manfaat kepada hampir 2 juta ahli KWSP melibatkan peruntukan hampir 1 billion ringgit.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi menerima caruman tambahan RM500 ini :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 40 hingga 54 tahun
- Simpanan KWSP kurang daripada RM10,000
PENGELUARAN CARUMAN TAMBAHAN RM500
Mengikut maklumat rasmi, ahli KWSP yang layak menerima insentif tambahan ini boleh membuat pengeluaran pada waktu tempoh matang.
Selepas ahli berumur 55 tahun dan keatas, pencarum yang berumur kurang daripada 55 tahun tidak boleh membuat pengeluaran tersebut.
MAKLUMAT LANJUT
Pelbagai bantuan yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan pada tahun 2023 ini. Untuk tahu lebih lanjut mengenainya, boleh sila klik pautan di bawah :
