STR 2023 : Kategori Yang Akan Terima Bayaran Berjumlah RM3100
Januari lalu, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 1 telah selesai diberikan kepada penerima yang layak.
Pada sesi Belanjawan 2023 Februari lalu, Datuk Sri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju akan memberikan bayaran tambahan bernilai RM600.
Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan kategori manakah yang layak menerima bayaran tambahan ini dan menjadikan jumlah keseluruhan yang akan diterima berjumlah RM3100.
Table of Contents
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Menurut Perdana Menteri, pembayaran STR Fasa 1 Januari lalu, seramai 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR.
KATEGORI TERIMA MAKSIMUM RM3100
Pada tahun ini, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) turut akan memberikan bayaran tambahan sebanyak RM600 kepada kategori ini. Jadi, ianya akan menjadikan jumlah keseluruhannya adalah RM3100.
Berikut adalah kategori yang layak :
Kategori Isi Rumah
- Pendapatan RM2,500 ke bawah
- Mempunyai anak 5 orang keatas
Kategori ini akan menerima bayaran berjumlah RM2,500. Bukan itu sahaja, kategori ini bakal menerima STR Tambahan berjumlah RM600. Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang akan diterima berjumlah RM3100.
Info : RM600 tambahan ini bukanlah secara tunai, tapi ianya akan diberikan melalui baucar makanan.
PERMOHONAN BARU
Menerusi kenyataan yang dikemaskini melalui web rasmi STR 2023, permohonan baru kini telah boleh dibuat bermula :
- 1 MAC 2023

Permohonan STR 2023
- Klik MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my.
- Masukkan Maklumat Keselamatan
- Masukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan
- Siap dan berjaya mendaftar.
SEMAKAN STR 2023
Terbaru, pihak LHDN telah membuat kenyataan bahawa semakan status kelayakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini boleh di lakukan dengan memasuki web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
Bagi anda yang tidak tahu bagaimana cara untuk membuat semakan, berikut adalah cara untuk membuat semakan :
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Maklumat yang akan dipaparkan
- Nama Pemohon
- No Mykad Pemohon
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)
Kata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022.
SYARAT KELAYAKAN STR 2023
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :
- i: Isi Rumah
- a) Kahwin; atau
- b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- ii. Warga Emas Tiada Pasangan
- a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- iii. Bujang
- a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
