Tarikh Rasmi Bayaran Bantuan RM800 Telah Diumumkan – Semak Sekarang!
Tahukah anda selain pelaksanaan STR yang telah diberikan pada bulan lalu, kerajaan juga telah mengumumkan mengenai Bantuan Musim Tengkujuh juga akan bakal dilaksanakan pada tahun ini.
Setiap kelayakan, individu tersebut akan menerima bayaran sehingga RM800. Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.
Table of Contents
BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) membabitkan peruntukan sebanyak RM9.7 juta bagi manfaat sejumlah 12,138 peneroka tanaman getah di seluruh negara, akan dibayar dalam tiga fasa bermula bulan ini hingga Mac depan.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata bayaran sebanyak RM800 akan dibuat secara terus ke dalam akaun bank peneroka berkenaan, membabitkan masing-masing RM300 dalam Fasa 1 (Januari) dan Fasa 2 (Februari) serta baki RM200 dalam Fasa 3 (Mac).
JUMLAH BAYARAN BMT
Terdahulu, bayaran bagi Bantuan Musim Tengkujuh hanya sebanyak RM600 sahaja. Namun, atas dasar keprihatinan kerajaan, bantuan ini telah dinaik taraf dan individu yang layak bakal terima :
- RM800 (3 Fasa)
TARIKH BAYARAN
Mengenai tarikh bayarannya pula, ianya akan diagihkan melalui 3 fasa bayaran iaitu sebanyak :
- Fasa 1 : RM300 (Januari)
- Fasa 2 : RM300 (Februari)
- Fasa 3 : RM200 (Mac)
SEMAKAN PERMOHONAN BMT
Kepada pemohon yang sudah membuat permohonan, untuk pengetahuan anda semakan permohonan sudah dibuka.
Terdapat 2 cara membuat semakan antaranya :
- Melalui laman web rasmi BMT RISDA iaitu, https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/
- atau menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan dilakukan.
CARA PERMOHONAN BANTUAN
Untuk sedia maklum, permohonan BMT telah dibuka bermula pada tarikh 5 mei 2022 sehingga tarikh tutup permohonan pada 15 Oktober 2022 lalu.
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan :
1) Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen sokongan seperti berikut :
- Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
- Geran asal tanah dan salinan
- Salinan buku akaun bank yang aktif
- Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
- Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah
- Salinan geran lot yang ditoreh
- Salinan buku akaun bank yang aktif
- Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G
- Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah