bajet 2023Bantuan Kerajaan

Terkini : Senarai Bantuan Kerajaan Bagi Bulan Januari 2023 – Mohon Sekarang!

Kini kita berada di awal tahun 2023 iaitu bulan Januari. Terdapat beberapa bantuan disediakan yang boleh anda mohon dan dapatkan.

Kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri ada menyediakan beberapa bantuan khususnya untuk golongan yang berpendapatan rendah dan terjejas.

Oleh itu, kali ini pihak kami akan kongsikan beberapa bantuan yang boleh anda mohon dan dapatkan di bulan Januari ini. Ikuti perkongsian dibawah.

BAYARAN BANTUAN KEWANGAN JKM JANUARI 2023

Bayaran bantuan kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi bulan Disember akan dikreditkan seperti biasa mengikut jadual yang ditetapkan.

Bagi bulan ini, bayaran bantuan JKM ini akan dikreditkan antara 1 dan 10 Disember 2022.

Antara bantuan JKM adalah seperti, Bantuan Warga Emas, Bantuan Kanak-Kanak, Bantuan Am Persekutuan dan lain-lain lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan JKM ini, klik DI SINI

BANTUAN TUNAI RAKYAT (BTR)

Bulan lalu, kerajaan telah bersetuju akan meneruskan bantuan secara tunai khususnya untuk golongan yang berpendapatan rendah. Bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023).

Menerusi pengumuman yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, golongan yang berkelayakan akan menerima bayaran sehingga RM300 pada bulan Januari ini.

BANTUAL AWAL PERSEKOLAHAN (BAP)

Kerajaan juga bersetuju akan memberi bantuan tunai kepada anak-anak yang akan memulakan persekolahan pada sesi 2023 ini.

Setiap murid akan menerima bayaran sebanyak RM150 seorang tanpa mengira had pendapatan bulanan ibu bapa mereka. 

Bayaran ini akan mula diberikan bermula 12 Januari ini.

BANTUAN KEWANGAN KHAS (BKK)

Selain bantuan yang telah disebutkan diatas, setiap penjawat awam dan pesara kerajaan bakal menerima Bantuan Kewangan Khas (BKK) sebanyak RM350 sehingga RM700.

Bantuan ini sebagai penghargaan dan berterima kasih atas kesungguhan yang tidak berbelah bagi anggota awam dalam menjalankan tugas perkhidmatan kepada rakyat.

Untuk makluman semua, bantuan ini akan mula disalurkan bermula 17 Januari ini.

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button