Tarikh Rasmi Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Telah Diumumkan Sebentar Tadi – Semak Sekarang!
Disember lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa bayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023 akan diteruskan.
Sebentar tadi, beliau telah membuat kenyataan dimana BKM/BTR telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2023 (STR).
Table of Contents
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (STR)
Disember lalu, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) telah diperkenalkan dan akan dilaksanakan pada Januari ini. Namun, bantuan ini telah ditukar dan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan ini selaras dengan langkah Kerajaan Perpaduan yang memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif kepada golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Menurut beliau, pembayaran STR Fasa 1 akan diberikan kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR.
TARIKH BAYARAN STR FASA 1
Jika kita lihat melalui perkongsian di media sosial, beberapa penerima mendakwa bahawa bayaran BTR Fasa 1 telah dikreditkan ke akaun mereka.
Berikut adalah bukti dimana pembayaran telah dikreditkan :
Namun, Perdana Menteri melalui kenyataan medianya telah mengumumkan bahawa pelaksanaan STR Fasa 1 akan berkuatkusa bermula :
- 17 Januari 2023
KATEGORI PENERIMA BTR FASA 1
Berikut adalah kategori penerima yang akan terima bayaran Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 ini :
- KATEGORI ISI RUMAH
- KATEGORI BUJANG
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN
KADAR BAYARAN
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiap isi rumah yang berkelayakan akan menerima bayaran pertama Januari nanti pada kadar :
- Kategori Isi Rumah : RM300
- Bujang : RM100
- Warga Emas Tiada Pasangan : RM100
JUMLAH BAYARAN STR 2023
Anda sedia maklum kini kita berada dibawah pentadbiran kerajaan baharu. Jika bayaran BTR akan berdasarkan pada kadar dan jumlah keseluruhan BKM yang telah diumumkan pada Belanjawan 2023 Oktober lalu, setiap kategori akan menerima bayaran maksimum RM3000 termasuk bayaran tambahan RM500.
Oleh itu, sekiranya Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023) ini diteruskan merujuk kepada bayaran BKM yang telah diumumkan, berikut adalah kadar dan jumlah bayaran yang akan diterima :