STR Fasa 1 : Kategori Warga Emas & Bujang Akan Terima Bayaran RM100 Mulai Hari Ini – Semak Sekarang!
Petang kelmarin melalui kenyataan rasmi yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim, bermula hari ini 17 Januari bayaran bantuan tunai (STR Fasa 1) akan mula dikreditkan ke akaun penerima.
Dalam pelaksanaan STR Fasa 1, beberapa kategori penerima akan terima bayaran RM100 – RM300 dan ianya akan dikreditkan secara berperingkat.
Untuk maklumat lanjut, ikuti perkongsian dibawah.
Table of Contents
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (STR)
Disember lalu, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) telah diperkenalkan dan akan dilaksanakan pada Januari ini. Namun, bantuan ini telah ditukar dan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan ini selaras dengan langkah Kerajaan Perpaduan yang memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif kepada golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Menurut beliau, pembayaran STR Fasa 1 akan diberikan kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR.
TARIKH BAYARAN STR FASA 1
Jika kita lihat melalui perkongsian di media sosial, beberapa penerima mendakwa bahawa bayaran BTR Fasa 1 telah dikreditkan ke akaun mereka.
Berikut adalah bukti dimana pembayaran telah dikreditkan :
Namun, Perdana Menteri melalui kenyataan medianya telah mengumumkan bahawa pelaksanaan STR Fasa 1 akan berkuatkusa bermula :
- 17 Januari 2023
KATEGORI PENERIMA BTR FASA 1
Berikut adalah kategori penerima yang akan terima bayaran Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 ini :
- KATEGORI ISI RUMAH
- KATEGORI BUJANG
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN
KADAR BAYARAN
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiap isi rumah yang berkelayakan akan menerima bayaran pertama bermula hari ini pada kadar :
- Kategori Isi Rumah : RM300
- Bujang : RM100 (Had Umur 21 Tahun – 59 Tahun)
- Warga Emas Tiada Pasangan : RM100 (Had Umur 60 Tahun Keatas)
JUMLAH BAYARAN STR 2023
Anda sedia maklum kini kita berada dibawah pentadbiran kerajaan baharu. Jika bayaran BTR akan berdasarkan pada kadar dan jumlah keseluruhan BKM yang telah diumumkan pada Belanjawan 2023 Oktober lalu, setiap kategori akan menerima bayaran maksimum RM3000 termasuk bayaran tambahan RM500.
Oleh itu, sekiranya Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023) ini diteruskan merujuk kepada bayaran BKM yang telah diumumkan, berikut adalah kadar dan jumlah bayaran yang akan diterima :