STR Fasa 1 : Alasan Mengapa Bayaran Anda Belum Dikreditkan – Semak Sekarang!
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini telah disalurkan bermula Selasa lalu dan ianya akan dilakukan secara berperingkat.
Baru-baru ini, Datuk Sri Anwar Ibrahim telah membuat kenyataan dimana BKM/BTR telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Kali ini, pihak kami ingin kongsikan kepada pembaca bagaimana cara untuk membuat permohonan baru? Apakah penerima BKM sebelum ini perlu membuat kemaskini STR tahun ini?
Ikuti perkongsian dibawah.
Table of Contents
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (STR)
Disember lalu, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) telah diperkenalkan dan akan dilaksanakan pada Januari ini. Namun, bantuan ini telah ditukar dan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan ini selaras dengan langkah Kerajaan Perpaduan yang memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif kepada golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Menurut beliau, pembayaran STR Fasa 1 akan diberikan kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR.
ALASAN MENGAPA BAYARAN STR LAMBAT DIKREDITKAN
- Penerima STR Fasa 1 adalah seramai 8.7 juta penerima. Sudah tentu pengkreditan bayaran adalah secara berperingkat.
- Sebelum ini, pengguna akaun bank BSN adalah penerima yang akan mendapat bayaran awal berbanding bank-bank lain. Sekiranya bayaran anda belum lagi dikreditkan, anda diminta untuk berhubung Pusat Perhubungan Pelanggan BSN di talian 1300881900.
SEMAKAN STR 2023
Terbaru, pihak LHDN telah membuat kenyataan bahawa semakan status kelayakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini boleh di lakukan dengan memasuki web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
Bagi anda yang tidak tahu bagaimana cara untuk membuat semakan, berikut adalah cara untuk membuat semakan :
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Maklumat yang akan dipaparkan
- Nama Pemohon
- No Mykad Pemohon
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)
TARIKH BAYARAN STR FASA 1
Perdana Menteri melalui kenyataan medianya telah mengumumkan bahawa pelaksanaan STR Fasa 1 akan berkuatkusa bermula :
- 17 Januari 2023
KADAR BAYARAN
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiap isi rumah yang berkelayakan akan menerima bayaran pertama Januari nanti pada kadar :
- Kategori Isi Rumah : RM300
- Bujang : RM100
- Warga Emas Tiada Pasangan : RM100