STR 2023

STR 2023 : Cara Tebus Secara Tunai Bayaran Bagi Penerima Tiada Akaun Bank Di Kaunter BSN

Disember lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa bayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023 akan diteruskan.

Baru-baru ini, beliau telah membuat kenyataan dimana BKM/BTR telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Anda sedia maklum, bermula hari ini bayaran STR Fasa 1 kini telah mula dilaksanakan bagi individu yang layak. Untuk anda yang ingin membuat semakan, berikut dikongsikan bagaimana cara untuk membuat semakan status kelayakan anda.

Ikuti perkongsian dibawah.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (STR)

Disember lalu, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) telah diperkenalkan dan akan dilaksanakan pada Januari ini. Namun, bantuan ini telah ditukar dan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan ini selaras dengan langkah Kerajaan Perpaduan yang memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif kepada golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Menurut beliau, pembayaran STR Fasa 1 akan diberikan kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR.

SEMAKAN STR 2023

Terbaru, pihak LHDN telah membuat kenyataan bahawa semakan status kelayakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini boleh di lakukan dengan memasuki web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Bagi anda yang tidak tahu bagaimana cara untuk membuat semakan, berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  • Maklumat yang akan dipaparkan
    • Nama Pemohon
    • No Mykad Pemohon
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)
Kata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022. 

TARIKH BAYARAN STR FASA 1

Perdana Menteri melalui kenyataan medianya telah mengumumkan bahawa pelaksanaan STR Fasa 1 akan berkuatkusa bermula :

  • 17 Januari 2023

TEBUS TUNAI BAGI PENERIMA TIADA AKAUN BANK

Sekiranya anda adalah penerima yang layak akan tetapi tiada akaun bank, bayaran STR anda boleh ditebus secara tunai di kaunter BSN berhampiran kawasan anda.

Anda hanya perlu mengemukakan Kad Pengenalan anda agar proses penunaian bayaran STR berjalan lancar.

KATEGORI PENERIMA BTR FASA 1

Berikut adalah kategori penerima yang akan terima bayaran Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 ini :

  • KATEGORI ISI RUMAH
  • KATEGORI BUJANG
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN

KADAR BAYARAN

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiap isi rumah yang berkelayakan akan menerima bayaran pertama Januari nanti pada kadar :

  • Kategori Isi Rumah : RM300
  • Bujang : RM100
  • Warga Emas Tiada Pasangan : RM100
UNTUK INFO MENGENAI LAIN-LAIN BANTUAN, BOLEH JOIN CHANNEL TELEGRAM KAMI

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button