bajet 2023Bantuan KerajaanBantuan Tunai Rakyat

BTR Fasa 1 : Bayaran Untuk Kategori Isi Rumah & Bujang Telah Dikreditkan – Semak Sekarang!

Disember lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa bayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023 akan diteruskan.

Beliau berkata, bayaran bagi Bantuan Tunai Rakyat (BTR) ini bakal memanfaatkan kategori isi rumah dan bujang. Perkara ini telah diumumkan ketika Mesyuarat Pertama bagi Penggal Pertama Parlimen ke-15 Dewan Rakyat.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai Bantuan Tunai Rakyat 2023 (BTR).

BANTUAN TUNAI RAKYAT 2023 (BTR)

Kerajaan bersetuju akan meneruskan Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang dilaksana kerajaan terdahulu dengan Fasa 1 akan disalur poda bulan Januari nanti.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tunai ini akan memanfaatkan seramai 9 juta penerima yang layak dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion.

INFO : Bantuan Tunai Rakyat (BTR) adalah bantuan kewangan secara tunai sama seperti bantuan sebelum ini seperti BKM, BPR, BSH dan BR1M.

BAYARAN BTR FASA 1 TELAH DI KREDITKAN

Jika kita lihat melalui perkongsian di media sosial, beberapa penerima mendakwa bahawa bayaran BTR Fasa 1 telah dikreditkan ke akaun mereka.

Berikut adalah bukti dimana pembayaran telah dikreditkan :

JUMLAH BAYARAN BTR MAKSIMUM RM3000

Anda sedia maklum kini kita berada dibawah pentadbiran kerajaan baharu. Jika bayaran BTR akan berdasarkan pada kadar dan jumlah keseluruhan BKM yang telah diumumkan pada Belanjawan 2023 Oktober lalu, setiap kategori akan menerima bayaran maksimum RM3000 termasuk bayaran tambahan RM500.

Oleh itu, sekiranya Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023) ini diteruskan merujuk kepada bayaran BKM yang telah diumumkan, berikut adalah kadar dan jumlah bayaran yang akan diterima :

KATEGORI PENERIMA BTR FASA 1

Berikut adalah kategori penerima yang akan terima bayaran Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 ini :

  • KATEGORI ISI RUMAH
  • KATEGORI BUJANG

TARIKH BAYARAN BTR FASA 1

Perdana Menteri telah memberitahu didalam ucapannya, bayaran fasa pertama akan mula dilaksanakan pada :

  • JANUARI 2021
Pihak kami JANGKAKAN bayaran BTR Fasa 1 akan mula dilaksanakan pada pertengahan bulan Januari ini.

KADAR BAYARAN

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiap isi rumah yang berkelayakan akan menerima bayaran pertama Januari nanti pada kadar :

  • Kategori Isi Rumah : RM300
  • Bujang : RM100
UNTUK INFO MENGENAI LAIN-LAIN BANTUAN, BOLEH JOIN CHANNEL TELEGRAM KAMI

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button