bajet 2023Bantuan Kerajaan

BAP 2023 : Dokumen Yang Diperlukan Untuk Tebus Bantuan Awal Persekolahan RM150 – Semak Sekarang!

Seperti yang telah diumumkan dan dijanjikan, bayaran bagi Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kini telah mula disalurkan kepada setiap murid yang berkelayakan.

Untuk makluman anda, bayaran sebanyak RM150 akan disalurkan kepada setiap murid tahun 1 sehingga tingkatan 5 bagi sesi persekolahan 2022/2023.

Kali ini, pihak kami ingin kongsikan kepada anda beberapa dokumen penting yang perlu anda sediakan dalam menebus bantuan BAP RM150 ini. Ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2023 (BAP)

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) adalah bantuan secara tunai bagi membantu ketua isi keluarga dalam membeli kelengkapan dan keperluan anak mereka memulakan persekolahan tahun ini.

Bantuan ini diberikan kepada murid-murid berdasarkan kriteria-kriteria berikut iaitu murid warganegara Malaysia, murid Tahun Satu hingga Tingkatan Lima atau yang setaraf dengannya dan murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK); Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK); Sekolah Agama; Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan; Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih; Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney.

TARIKH BAYARAN BAP 2023

Jika diikutkan melalui makluman rasmi yang telah dibuat oleh pihak kerajaan mengenai tarikh bayaran, ianya akan mula disalurkan bermula 12 Januari (Khamis) baru-baru ini.

Untuk makluman anda semua, bayaran akan dilakukan secara berperingkat iaitu :
  • Fasa 1 :
    • 16 Januari (Isnin) untuk murid Tahun Satu dan Tahun Empat

    • 17 Januari (Selasa) untuk murid Tahun Dua dan Lima

    • 18 Januari (Rabu) untuk murid Tahun Tiga dan Enam

DOKUMEN SOKONGAN

Menerusi laporan Sinar Bestari, berikut beberapa panduan kepada ibu bapa atau penjaga sebelum mengambil wang bantuan di sekolah anak masing-masing.

Berikut adalah dokumen yang diperlukan :

  • Sijil lahir/kad pengenalan murid
  • Kad pengenalan ibu bapa/penjaga.

  • Jika wakil, sila bawa surat wakil yang ditandatangani oleh ibu bapa penjaga, salinan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga, salinan kad pengenalan wakil (Jika tiada dokumen berkenaan, wang BAP tidak akan diberi)

JUMLAH BAYARAN

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu didalam ucapannya ketika membentangkan Bajet Mini 2023, setiap murid akan menerima bayaran sebanyak :

  • RM150 seorang

SYARAT KELAYAKAN

Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, setiap murid akan menerima bayaran RM150 tersebut tanpa mengira had pendapatan ibu bapa mereka.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk melalui web rasmi BAJET MINI 2023

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button