Bantuan Kewangan RM150 Akan Diberikan Bermula Esok (Khamis) Kepada Kategori Ini – Semak Sekarang!
Tahukah anda, terdapat satu bantuan kewangan Kerajaan yang akan mula diberikan pada esok hari?
Bulan lalu, Dewan Rakyat telah bersetuju telah meluluskan Bajet Mini 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dengan pembentangan ini, sudah tentu pelbagai inisiatif telah diumumkan.
Antara inisiatif yang telah diumumkan adalah, pada Januari 2023 nanti murid-murid yang masih bersekolah akan menerima bantuan tunai sebanyak RM150 menerusi program Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
Ikuti perkongsian dibawah untuk info lebih lanjut.
Table of Contents
BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2023 (BAP)
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) adalah bantuan secara tunai bagi membantu ketua isi keluarga dalam membeli kelengkapan dan keperluan anak mereka memulakan persekolahan pada tahun hadapan.
Berbeza dengan tahun sebelum nya, pelaksanaan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) tahun hadapan akan diberikan kepada pelajar tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.
Info : Untuk makluman, bantuan ini bukan baru pertama kali dilaksanakan, ianya juga telah bermula pada kerajaan terdahulu lagi.
TARIKH BAYARAN BAP 2023
Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan mengenai bantuan ini, bayaran Bantuan Awal Persekolahan 2023 (BAP) akan diberikan pada :
- 12 JANUARI 2023 (KHAMIS)
JUMLAH BAYARAN
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu didalam ucapannya ketika membentangkan Bajet Mini 2023, setiap murid akan menerima bayaran sebanyak :
- RM150 seorang