Bantuan Kerajaan

Bantuan Sara Hidup (BSH) Akan Diteruskan Tahun 2023 Nanti – Semak Sekarang!

Bantuan Sara Hidup atau lebih dikenali sebagai BSH sebelum ini merupakan salah satu bantuan tunai sama seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan BR1M.

Anda sedia maklum bahawa, kini negara kita telah bertukar kerajaan dimana Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10 bagi negara kita Malaysia.

Melalui Tawaran Harapan yang telah dijanjikan sebelum PRU ke-15, Datuk Sri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa, Bantuan Sara Hidup (BSH) akan diteruskan bagi mengatasi kos sara hidup. Ikuti perkongsian dibawah untuk lebih lanjut.

BANTUAN SARA HIDUP 2023 (BSH)

Sebelum ini, Dato’ Sri Anwar Ibrahim yang juga Perdana Menteri Malaysia telah memberitahu melalui ‘Tawaran Harapan PRU-15’, Bantuan Sara Hidup akan dilaksanakan pada tahun hadapan bagi. Ini bermakna, tiada lagi BKM kerana akan digantikan kepada BSH.

Untuk makluman semua, BSH ini sama seperti BKM yang mana ianya akan memberi bantuan tunai kepada rakyat Malaysia yang terjejas bagi mengatasi kos sara hidup yang tinggi ketika ini.

Nota :  Kini, kerajaan Pakatan Harapan telah dibentuk dengan gabungan parti politik lain seperti BN, GPS, GRS dan lain-lain.

JUMLAH BAYARAN

Buat ketika ini, tiada maklumat mengenai kadar bayaran yang akan diberikan kepada penerima yang layak. Perkara ini mungkin akan dimaklumkan ketika berlangsungnya sidang Belanjawan 2023 yang dijangka pada Disember ini.

PERMOHONAN BANTUAN

Mengenai permohonan bantuan pula, pihak kami jangkakan ianya akan dinilai melalui data penerima BKM sebelum ini dan akan dimasukkan secara automatik dalam sistem Bantuan Sara Hidup (BSH) nanti.

Sekiranya ada makluman mengenainya, pihak kami akan maklumkan dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Bajet 2023, terdapat bantuan baru dan lama yang akan diteruskan. Sila ke web rasmi Bajet 2023 iaitu BAJET 2023


Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button