Bantuan Kerajaan

Bantuan Kewangan BKPKK RM3600 Untuk Golongan B40 Tahun 2023 – Semak Sekarang!


Terlalu banyak bantuan yang diperkenalkan dan telah diberikan oleh pihak Kerajaan sehinggakan mungkin ada diantara anda tidak tahu mengenai bantuan-bantuan lain.

Antara bantuan diperkenalkan adalah bantuan kewangan BKPKK di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Berikut adalah maklumat berkaitan bantuan kewangan BKPKK 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN 

Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) akan diberi kepada yang berkelayakan dan menepati syarat-syarat dibawah ; 
  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia
  • BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil)
  • Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan tidak melebihi RM3,000 tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah
  • Menandatangani 2 salinan perjanjian (tanpa penjamin)
  • Mengisi borang penyata pendapatan bulanan keluarga 
  • Pemohon yang tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program

KADAR BKPKK

Bantuan BKPKK hanya akan diberikan untuk dua semester sahaja iaitu bersamaan dengan 12 bulan. Pemohon yang layak akan diberi bantuan sebanyak
  •  RM300/sebulan atau RM1,800 untuk satu semester

Bagi dua semester, jumlah keseluruhan bantuan adalah sebanyak RM3,600 (12bulan/setahun).

Namun begitu, Pemohon hendaklah mencapai CGPA sebanyak 2.00 minimum untuk mendapat bantuan pada semester kedua.

CARA MEMOHON

Permohon BKPKK boleh dikemukakan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing dengan mengisi borang permohonan dan mengikut prosedur yang sudah ditetapkan

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan BKPKK di laman sesawang yang akan dipautkan di bawah ;

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button