Terkini : Bantuan BMT RM300 Kini Telah Mula Dikreditkan – Semak Sekarang!
Ketika ini, pelaksanaan Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 4 (BKM) kini telah berjalan dimana setiap kelayakan individu akan menerima bayaran bermula RM100 hingga RM900.
Namun, adakah anda tahu bahawa terdapat juga bantuan yang dilaksanakan serentak dengan tarikh pelaksanaan BKM Fasa 4 iaitu 15 November (selasa)? Bantuan yang dimaksudkan adalah, Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).
Ikuti perkongsian dibawah untuk lebih lanjut.
Table of Contents
BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)
Setakat hari ini, seramai 16,889 orang penerima telah dikreditkan bayaran BMT bagi fasa pertama sebanyak RM300 setiap orang.
Bayaran BMT terpaksa diawalkan sebagai persediaan bakal penerima yang terlibat bagi menghadapi Monsun Timur Laut pertengan November ini.
JUMLAH BANTUAN
Setiap pekebun yang layak, pihak RISDA akan memberikan bayaran bantuan berjumlah RM600.
Walaubagaimanapun, pembayaran akan dibayar melalui dua peringkat iaitu :
- PERINGKAT 1 : NOVEMBER (RM300)
- PERINGKAT 2 : DISEMBER (RM300)
SEMAKAN PERMOHONAN BMT
Kepada pemohon yang sudah membuat permohonan, untuk pengetahuan anda semakan permohonan sudah dibuka.
Terdapat 2 cara membuat semakan antaranya :
- Melalui laman web rasmi BMT RISDA iaitu, https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/
- atau menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan dilakukan.
CARA PERMOHONAN BANTUAN
Untuk sedia maklum, permohonan BMT telah dibuka bermula pada tarikh 5 mei 2022 sehingga tarikh tutup permohonan pada 15 Oktober 2022 lalu.
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan :
1) Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen sokongan seperti berikut :
- Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
- Geran asal tanah dan salinan
- Salinan buku akaun bank yang aktif
- Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
- Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah
- Salinan geran lot yang ditoreh
- Salinan buku akaun bank yang aktif
- Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G
- Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah