PRU15

PRU 15 : Perkara Yang Perlu Anda Tahu Ketika Ingin Membuang Kertas Undi Esok

20 Oktober lalu, Perdana Menteri mengumumkan bahawa tarikh Pilihanraya Umum Ke 15 (PRU 15) akan dilaksanakan pada 19 November 2022 iaitu pada hari esok.

Bagi yang pertama kali mengundi, pastikan anda ambil tahu panduan menanda kertas undi dengan betul agar kertas undi anda tidak rosak dan ditolak. Berikut dikongsikan maklumat mengenai undi rosak ataupun undi ditolak.

Ikuti perkongsian dibawah.

Table of Contents

UNDI ROSAK

UNDI ROSAK merujuk kepada kertas undi yang rosak / terkoyak secara tidak sengaja. Undi rosak ini berlaku semasa hari mengundi. 

  • Tidak boleh digunakan sebagai kertas undi
  • Tidak dimasukkan ke dalam peti undi pada hari pengundian
  • Akan dipalang dan ditulis ‘rosak’ oleh ketua tempat mengundi
  • Dimasukkan ke dalam Sampul No. 3 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
Walaubagaimanapun, sekiranya kertas undi anda telah rosak, pengundi boleh mohon kertas baharu daripada ketua tempat mengundi.

UNDI DITOLAK

Bagi UNDI DITOLAK pula, ianya dirujuk kepada kertas undi tidak sah & ditoal semasa proses pengundian undi. Berikut adalah sebab mengapa undi ditolak :

  • Tiada cop rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya
  • Memangkah lebih daripada 1 calonm
  • Melukis / menconteng / menulis sebarang perkataan
  • Tidak menanda kertas undi
  • Tidak menanda dalam kotak kertas undi
  • Pengundi tidak tunjuk tujuan jelas
  • Dimasukkan ke dalam peti undi disalah tanda / tidak ditandakan (secara sengaja / tidak disengajakan)

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button