Bantuan KerajaanBKM

BKM FASA 4 : Kategori Bujang Akan Terima Bayaran RM150 Selasa Ini – Semak Sekarang!

Kerajaan telah bersetuju mempercepatkan bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa Empat bermula 15 November sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut.

Perkara ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.

Pelaksanaan BKM Fasa 4 ini, pembayaran membabitkan peruntukan bernilai RM2.1 bilion akan memberi manfaat kepada 5.2 juta penerima pelbagai kategori.

KATEGORI BUJANG RM150

Ramai menganggap bahawa, kategori bujang tidak akan terima bayaran pada BKM Fasa 4 ini. 

Untuk makluman semua, bayaran tersebut adalah bukan untuk kategori bujang IBT yang berumur 59 tahun dan ke bawah. 

Akan tetapi, Bujang IBT yang berumur 60 tahun ke atas adalah layak untuk terima bayaran sebanyak :

  • RM150

JUMLAH BAYARAN BKM FASA 4

Berikut adalah kadar bayaran bagi penerima yang layak setiap kategori pada fasa ketiga nanti :

1) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,500)

    • Tiada Anak – RM 300
    • 1-2 Anak – RM 600
    • 3-4 Anak – RM 900

  • Pendapatan Isi Rumah ( RM 2,501 – RM 5,000)

    • Tiada Anak – RM 100
    • 1-2 Anak – RM 200
    • 3-4 Anak – RM 300
2) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Berumur 60 tahun dan ke atas + Isi Rumah Warga Emas (RM300)
  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
    • Tiada Anak – RM 300
    • 1-2 Anak – RM 600
    • 3-4 Anak – RM 900

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
    • Tiada Anak – RM 100
    • 1-2 Anak – RM 200
    • 3-4 Anak – RM 300

3) Kategori Isi Rumah (IBT) Mempunyai Anak – Tiada Had Umur

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)

  • 1-2 Anak – RM 600
  • 3-4 Anak – RM900

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
    • 1-2 Anak – RM 200
    • 3-4 Anak – RM 300
4) Kategori Bujang & IBT Tidak Mempunyai Anak – 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan (RM 0 – RM 2,500)

  • TIADA BAYARAN
5) Kategori Bujang & IBT Tidak Mempunyai Anak – 60 Tahun dan ke atas

  • Pendapatan (RM 0 – RM 5,000)

  • RM 150

TARIKH BAYARAN BKM FASA 4

Baru-baru ini, Kerajaan telah umumkan bawah bayaran BKM Fasa 4 akan diawalkan dimana ianya mula dikreditkan :
  • 15 NOVEMBER 2022

SEMAKAN BKM FASA 4

Semakan BKM Fasa 4 boleh dibuat apabila ianya mula dilaksanakan. Berikut adalah cara untuk buat semakan :
  • https://bkm.hasil.gov.my/
  • Klik semakan Status
  • Paparan kelayakan akan dipaparkan
  • Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

15 Comments

  1. Pasai ap bujang bwah umo 59 x dpat bantuan..xadil sngguh..bjang atas 60 dapat plk..mmng xpatut tui..spatutnya bg la sma adil sume skli..jgn pihak yg brumur ni dpat yg brumur len xdapat..msti ad yg xpuas aty..bujang mcm kita prlukn bantuan jgk..ni org snang dapat bantuan..yg ssh plk xdapat..xptut tui..

  2. Saya mengucapkan terima kasih banyak-banyak saya Saya umur 33 mak bapa tak ada bantuan sara hidup yang sudah dapat sayakategori bujang

  3. Lps nie pm,tpm & menteri kewangan kita cantas..xda langsung kebajikan dn dana bantuan utk ank muda lg2 keadaan ekonomi dn musim tengkujuh banjir ni..ayuh bangkit smua ank muda hapuskan sistem double standart nie..dia org politik sedap gaji+elaun berpuluh ribu sbln i2 blom msk pencen,aset & duit tepi lg..didoakan mmg melingkup la kerajaan yg ada skrg nie..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button