bajet 2023Bantuan Kerajaan

Bantuan Tunai Sebanyak RM600 Akan Diberikan Kepada Rakyat Malaysia – Semak Sekarang!

Oktober lalu, telah berlangsungnya pembentangan Belanjawan 2023 dimana bantuan tunai serta inisiatif lain akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

Dengan jumlah sebanyak RM372.3 bilion telah diperuntukkan, kerajaan sedia ada akan terus melaksanakan dasar fisikal yang mengembang. 

Menteri Kewangan Tengku Zafrul berkata, pendekatan ini penting bagi menyediakan bantuan sewajarnya kepada rakyat yang memerlukan.

Antara insentif kerajaan yang menjadi tumpuan ketika pembentangan tersebut, penjawat awam di negara ini tidak ketinggalan menerima manfaat seperti bantuan khas kewangan Aidilfitri 2023 akan dinaikkan kepada RM600 pada tahun hadapan.

BANTUAN KHAS AILDILFTRI RM600

Tengku Zafrul dalam ucapannya ketika membuat pembentangan Bajet 2023, tujuan bantuan khas Aidilfitri ini sebagai tanda terima kasih kerajaan atas dedikasi dan kesungguhan yang tidak berbelah bahagi dalam melunaskan amanah sepanjang membangunkan tanah air ini.

JUMLAH BAYARAN

Penjawat awam yang masih bertugas, mereka akan menerima Bantuan Khas Aidilfitri 2023 dimana bantuan ini dinaikkan kepada :

  • RM600

TARIKH BAYARAN

Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 ini akan diberikan bermula :

  • MAC 2023

BANTUAN TAMBAHAN 

Tengku Zafrul memberitahu, bantuan Aidilfitri ini akan menjadikan jumlah keseluruhan bantuan untuk penjawat awam yang layak adalah sebanyak RM2,500.

Berikut adalah tambahan lain untuk penjawat awam yang layak :

  • Bantuan Khas Kewangan RM700
  • Kenaikan Gaji Tambahan Khas RM100 (Gred 56)
  • Kebenaran penebusan awal gantian cuti rehat(GCR) sehingga 50 peratus yang akan dinaikkan sehingga maksimum 90 hari 

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button