Bantuan Kerajaan

Terkini : Bantuan RM300 Sebulan Dikreditkan Bermula Hari Ini – Semak Sekarang!

Bantuan RM300 Sebulan Dikreditkan Bermula Hari Ini. Pihak kerajaan Malaysia telah memperkenalkan bantuan BINGKAS ataupun lebih dikenali bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor sama ada melalui kerajaan pusat atau negeri bagi memudahkan juga meringankan beban mereka yang memerlukan.

TUJUAN UTAMA

Tujuan utama program ini adalah untuk mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak jemu dalam menguruskan hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak, serta menangani wabak tersebut.

Menteri besar Selangor Y.A.B Dato’ Seri Amirudin Bin Shari berkata program ini dapat menambahbaikkan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) bertujuan untuk dirasai bukan sahaja golongan ibu malah seluruh isi keluarga.

Setiap bulan seramai 30,000 keluarga yang menerima sebanyak RM300 untuk menampung pembelian barang keperluan asas serta peralatan pendidikan.

SYARAT PERMOHONAN 

Untuk mengetahui lebih tentang syarat permohonan program ini. Sila semak pautan ini BINGKAS

Program ini dibuka untuk :
  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
  • Pemilih berdaftar di Selangor 
  • Tanggungan berumur 18 tahun ke bawah.
  • Pendapatan isi rumah dibawah RM3000/Sebulan

BAYARAN BINGKAS

Untuk makluman anda, bayaran bantuan BINGKAS ini akan diberikan setiap bulan dan akan berjalan untuk tempoh setahun.

Berikut adalah perkongsian dari individu yang telah menerima bantuan BINGKAS ini :

CARA MEMOHON 

Untuk memohon bantuan ini, Sila layari laman sesawang BINGKAS untuk mengemaskini nombor telefon anda dan membuat permohonan.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), boleh hubungi 1800-22-6600 atau layari portal rasmi di atas.

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button