Bantuan KerajaanBKM

Tempoh Kemaskini Maklumat Asas Bantuan Keluarga Malaysia Dibuka Sehingga 30 Oktober

Bantuan Keluarga Malaysia adalah bantuan tunai kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan khususnya golongan yang berpendapatan rendah.

Seperti yang telah dijadualkan, bayaran BKM ini akan dilakukan secara berperingkat dan akan melalui 4 fasa bayaran. Bulan lalu, pelaksanaan bagi fasa ketiga telah selesai dilaksanakan. Kini, fasa terakhir iaitu keempat akan dilaksanakan pada Disember nanti.

Terbaru, pihak LHDN telah memaklumkan bahawa, penerima yang ingin membuat pengemaskinian maklumat kini telah boleh dibuat secara online atau manual.

Untuk maklumat lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

TEMPOH KEMASKINI MAKLUMAT BKM

Pihak LHDN telah memaklumkan, penerima yang ingin membuat pengemaskinian ianya boleh dilakukan dalam tempoh berikut :

  • 10 Oktober – 30 Oktober 2022

KEMASKINI MAKLUMAT ASAS DIBENARKAN

Pembukaan skrin kemas kini maklumat Permohonan BKM 2022 adalah bagi membenarkan Permohonan BKM 2022 yang berstatus Lulus untuk membuat kemas kini maklumat asas terhada seperti berikut :

  • No Telefon Rumah
  • No Telefon Bimbit
  • Alamat E-mel
  • Maklumat Wakil
  • Maklumat akaun bank pemohon
Wakil yang layak didaftarkan terhad kepada Pasangan / 
Anak yang wujud pada Bahagian B / C Borang Permohonan BKM 2022 sahaja.

KEMASKINI MAKLUMAT AKAUN BANK

Kemas kini maklumat dan nama akaun bank hanya dibenarkan bagi maklumat akaun bank pemohon sahaja sekiranya status bayaran BKM 2022 adalah :

  • GAGAL KREDIT
  • TUNAI
Nota : Maklumat akaun bank yang dikemas kini akan diguna untuk fasa pembayaran seterusnya.

CARA KEMASKINI MAKLUMAT PERMOHONAN BKM

Kemas kini maklumat Permohonan BKM 2022 boleh dibuat seperti berikut : 

  • Secara dalam talian di Portal Rasmi BKM Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), https://bkm.hasil.gov.my ; 
  • Penghantaran borang kemas kini maklumat Permohonan BKM 2022 di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit  (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran. Anda digalakkan untuk membuat kemas kini maklumat Permohonan BKM 2022 secara dalam talian supaya lebih mudah, cepat dan selamat. 

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button