Bantuan KerajaanBKM

BKM Fasa 4 : Tiga Kategori Ini Akan Terima Bayaran Berjumlah RM900 – Semak Sekarang!

Alhamdulillah, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi fasa ketiga telah selesai dikreditkan ke akaun penerima yang layak. 

Anda sedia maklum, bayaran BKM akan melalui 4 fasa bayaran. Kali ini kami ingin kongsikan kepada anda maklumat mengenai BKM bagi Fasa 4 dimana terdapat 3 kategori yang akan terima bayaran sehingga RM900.

Ikuti perkongsian dibawah kategori mana yang bakal terima bayaran tersebut. 

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.

3 KATEGORI TERIMA BAYARAN RM900

Berikut adalah kategori yang bakal terima bayaran sehingga RM900 pada BKM Fasa 4 nanti :



JUMLAH BAYARAN BKM FASA 4

Berikut adalah kadar bayaran bagi penerima yang layak setiap kategori pada fasa ketiga nanti :

1) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,500)

    • Tiada Anak – RM 300
    • 1-2 Anak – RM 600
    • 3-4 Anak – RM 900

  • Pendapatan Isi Rumah ( RM 2,501 – RM 5,000)

    • Tiada Anak – RM 100
    • 1-2 Anak – RM 200
    • 3-4 Anak – RM 300
2) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Berumur 60 tahun dan ke atas + Isi Rumah Warga Emas (RM300)
  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
    • Tiada Anak – RM 300
    • 1-2 Anak – RM 600
    • 3-4 Anak – RM 900

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
    • Tiada Anak – RM 100
    • 1-2 Anak – RM 200
    • 3-4 Anak – RM 300

3) Kategori Isi Rumah (IBT) Mempunyai Anak – Tiada Had Umur

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)

  • 1-2 Anak – RM 600
  • 3-4 Anak – RM900

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
    • 1-2 Anak – RM 200
    • 3-4 Anak – RM 300
4) Kategori Bujang & IBT Tidak Mempunyai Anak – 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan (RM 0 – RM 2,500)

  • TIADA BAYARAN
5) Kategori Bujang & IBT Tidak Mempunyai Anak – 60 Tahun dan ke atas

  • Pendapatan (RM 0 – RM 5,000)

  • RM 150

TARIKH BAYARAN BKM FASA 4

Seperti yang telah dijadualkan, bayaran fasa ke-4 akan dilaksanakan pada Disember 2022 nanti. Tarikh rasmi bayaran belum diketahui lagi. 

Walaubagaimanapun, pihak kami akan maklumkan sekiranya ada makluman rasmi mengenainya.

SEMAKAN BKM FASA 4

Semakan BKM Fasa 4 boleh dibuat apabila ianya mula dilaksanakan. Berikut adalah cara untuk buat semakan :
  • https://bkm.hasil.gov.my/
  • Klik semakan Status
  • Paparan kelayakan akan dipaparkan
  • Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button