Bantuan Kerajaan

Bayaran Bantuan RM300 Sebulan Akan Dikreditkan Pada November & Disember 2022

Untuk makluman umum, terdapat pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh agensi-agensi Kerajaan pada tahun ini bagi membantu meringankan beban pada yang memerlukan. 

Salah satu bantuan adalah melalui RISDA yang telah diperkenalkan bantuan sebanyak RM 600 kepada yang layak menerima.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)

Pihak kerajaan melalui agensi RISDA sentiasa mengambil berat untuk memelihara kebajikan pekebun kecil dan akan melaksanakan pemantauan supaya tiada pekebun yang tercicir untuk menerima bantuan tersebut.

Bantuan ini adalah kelaziman yang dibuat kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang bertujuan untuk meringankan beban pekebun kecil yang berhadapan musim tengkujuh.

SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN RM600

Kepada pemohon yang sudah membuat permohonan, untuk pengetahuan anda semakan permohonan sudah dibuka.

Terdapat 2 cara membuat semakan antaranya :

JUMLAH BANTUAN 

Setiap pekebun yang layak, pihak RISDA akan memberikan bayaran bantuan berjumlah RM600.

Walaubagaimanapun, pembayaran akan dibayar melalui dua peringkat iaitu :

  • PERINGKAT 1 : NOVEMBER (RM300)
  • PERINGKAT 2 : DISEMBER (RM300)

CARA PERMOHONAN BANTUAN

Untuk sedia maklum, permohonan BMT telah dibuka bermula pada tarikh 5 mei 2022 sehingga tarikh tutup permohonan pada 15 September 2022.

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan :

1)    Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen sokongan seperti berikut :

  • Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
  • Geran asal tanah dan salinan
  • Salinan buku akaun bank yang aktif
2)    Pemohon penoreh bukan pemilik hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut :
  • Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah
  • Salinan geran lot yang ditoreh
  • Salinan buku akaun bank yang aktif
  • Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G
  • Suray pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah
Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi pekebun kecil makmur iaitu :
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh hubungi Bahagian Produktiviti Pemasaran RISDA atau Hotline BMT 2022 di talian

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button