Bantuan KerajaanJKM
Bantuan Barangan Dapur RM300 Untuk Rakyat Malaysia Bermula Oktober 2022 – Mohon Sekarang!
Sekiranya anda diantara rakyat Malaysia yang terjejas seperti terputus bekalan makanan, anda dibolehkan untuk meminta bantuan menerusi Program Bakul Prihatin Negara.
Untuk makluman, program ini telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri sebelum ini. Ianya adalah bertujuan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan khususnya golongan yang terjejas.
Untuk maklumat lanjut, ikuti perkongsian dibawah
Table of Contents
BAKUL PRIHATIN NEGARA
Bakul Prihatin Negara merupakan satu (1) inisiatif Kerajaan untuk membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19 bagi memastikan masyarakat dapat meneruskan kelangsungan hidup.
Setiap bantuan makanan adalah berjumlah RM100. Ianya mengandungi barangan dapur seperti berikut :
- Beras
- Gula
- Tepung Gandum
- Bihun
- Kicap
- Sardin
- Biskut
- Kopi
- Garam
Menerusi program bantuan ini, dijangkakan lebih 400,000 penerima akan mendapat manfaatnya.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan :
- Semua rakyat Malaysia bagi setiap keluarga layak untuk memohon Bakul Prihatin Negara sekiranya terjejas pendapatan sepanjang pendemik COVID-19.
CARA MOHON BANTUAN BAKUL PRIHATIN NEGARA
Berikut adalah cara untuk membuat permohonan bantuan program bakul makanan ini. Ianya boleh dilakukan dengan beberapa cara iaitu :
- Hubungi bilik gerakan JKM negeri/ daerah di mana anda menetap. (nombor telefon boleh diperolehi di bahagian bawah artikel ini)
- Hubungi talian kasih di 15999.
- Whatsapp di 019-26 15999. (wa.me/60192615999)
- Hubungi pemimpin tempatan.