bajet 2023Bantuan Kerajaan

BAJET 2023 : Bantuan RM2500 Buat Penjawat Awam Pada 2023

Penjawat Awam di Malaysia salah satu golongan yang tidak ketinggalan dalam menerima manfaat pada tahun hadapan menerusI Bajet 2023 yang telah dibentangkan.

Sebagai tanda terima kasih atas dedikasi dan kesungguhan dalam melaksanakan tugasan mereka, pihak Kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif yang bakal memberi manfaat kepada mereka.

Setiap penjawat awam yang layak, mereka akan menerima insentif tahunan sehingga RM2,500.

Untuk itu, perkongsian kali ini mengenai beberapa jenis inisiatif yang akan diberikan kepada penjawat awam pada tahun 2023 nanti.

BANTUAN PENJAWAT AWAM 2500

Ketika pembentangan Bajet 2023 yang telah disempurnakan oleh Menteri Kewangan iaitu Tengku Zafrul, penjawat awam bakal menerima beberapa inisiatif pada tahun 2023.

Berikut adalah beberapa inisiatif kerajaan terhadap penjawat awam yang layak :

  • Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 dinaikkan kepada RM600 seorang.
  • Kenaikan Gaji Tambahan Khas sebanyak RM100 berkuatkuasa Januari 2023.
  • Bantuan Khas Kewangan Sebanyak RM700 kepada 1.3 juta penjawat awam (gred 56) dan RM350 kepada 1 juta pesara kerajaan.

INISIATIF TAMBAHAN

Kerajaan mengurangkan kos pembiayaan bagi penjawat awam yang membeli komputer dan telefon pintar kepada dua peratu setahun pada 2023.

Selain itu, guru telah berkhidmat lebih 10 tahun layak mendapat cuti khas selama 15 hari berbanding lima hari ketika ini. Dijangkakan perkara ini bakal memanfaatkan 500,000 guru.

KESIMPULAN

Secara kesimpulan, setiap penjawat awam yang berkelayakan, mereka akan menerima jumlah keseluruhan bantuan adalah sebanyak RM2,500 pada tahun hadapan.

Ini menunjukkan, kerajaan sedia ada sentiasa komited dalam menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia tanpa mengira golongan agar mereka dapat hidup dengan lebih selesa.

Terima Kasih Kerajaan Malaysia!

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button