BAJET 2023 : Bantuan Kewangan Berjumlah RM3,000 Untuk Golongan B40 Tahun Hadapan
Sebentar tadi telah berlangsungnya pembentangan Belanjawan 2023. Pelbagai inisiatif kerajaan yang bakal dilaksanakan pada tahun 2023.
Dengan jumlah sebanyak RM372.3 bilion telah diperuntukkan, kerajaan sedia ada akan terus melaksanakan dasar fisikal yang mengembang.
Menteri Kewangan Tengku Zafrul berkata, pendekatan ini penting bagi menyediakan bantuan sewajarnya kepada rakyat yang memerlukan.
Apa yang menjadi tarikan pada Bajet 2023 kali ini, sudah tentulah mengenai Bantuan Keluarga Malaysia dimana ianya tetap diteruskan pada tahun hadapan.
Oleh itu, perkongsian kali ini kami ingin kongsikan kepada anda maklumat terperinci mengenai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2023).
Table of Contents
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2023 (BKM)
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan diteruskan pada tahun hadapan. Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul ketika mengulas pembentangan Bajet 2023.
Beliau berkata, BKM 2023 pada tahun hadapan adalah bantuan yang tertinggi sejak ianya dilaksanakan. Di mana, individu yang berkalayakan akan menerima bayaran maksimum RM2,500.
Dalam pelaksanaan Bantuan Keluarga Malaysia 2023 nanti, sebanyak RM7.8 bilion telah diperuntukkan dan akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima.
JUMLAH BAYARAN BKM 2023 DI NAIKKAN
Berikut adalah maklumat ringkas mengenai bayaran BKM 2023 nanti :
1) Isi rumah pendapatan kurang RM2,500 :
- 1-4 orang anak – RM1,000 – RM2,000
- Lebih 5 orang anak – RM3,000
2) Isi rumah pendapatan kurang RM2,500 (1-4 anak)
- RM1,000 – RM2,000
3) Pendapatan RM2,500 hingga RM5,000 (bergantung kepada bilangan anak)
- 1 – 4 orang anak – RM500 – RM1,250
BKM Tambahan
- RM600 / RM350 (Bergantung pendapatan)
PERMOHONAN DAN KEMASKINI
Seperti kebiasaannya, permohonan baharu dan kemaskini maklumat boleh dilakukan pada awal tahun hadapan.
Ketika ini ianya masih belum boleh dilakukan kerana BKM 2022 masih ada satu fasa bayaran lagi iaitu fasa keempat yang akan dilaksanakan pada Disember 2022 nanti.
Walaubagaimanapun, setiap permohonan baharu dan kemaskini maklumat boleh dilakukan di pautan berikut :