Bantuan KerajaanBKM

Terkini : Terima Bayaran BKM Fasa 3 Secara Tunai Kini Boleh Dilakukan (Kaunter BSN)

Bermula hari ini 20 September 2022, bayaran dan semakan status kelayakan bagi BKM Fasa 3 kini boleh dilakukan.

Rakyat Malaysia yang berkelayakan akan menerima bayaran maksimum sehingga RM900, begitu juga yang lulus rayuan BKM mereka akan menerima bayaran sehingga RM2350 termasuk bayaran BKM Tambahan yang diumum Jun lalu.

Namun bagaimana pula bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank? Ikuti perkongsian dibawah untuk tahu lebih lanjut mengenainya.

BKM FASA 3 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran berjumlah RM2.2 bilion itu akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima.

Ia terdiri daripada penerima BKM sedia ada kategori isi rumah, warga emas bujang atau tiada pasangan, bujang serta individu yang telah lulus rayuan BKM.

Pada pelaksanaan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM Fasa 3) kali ini, kategori penerima yang layak akan menerima bayaran maksimum sehingga RM900.

TARIKH RASMI BAYARAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu bahawa, pelaksanaan bayaran BKM fasa 3 akan bermula pada :

  • 20 SEPTEMBER 2022
Ianya serentak dengan pembayaran Rayuan dan di jangka berjalan sehingga 27 September 2022.

PENERIMA TIADA AKAUN BANK

Bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank dan ingin membuat penebusan secara tunai, ianya boleh dilakukan bermula hari ini (20 September 2022) juga. Anda di minta untuk datang ke kaunter BSN yang berhampiran kawasan anda.

CARA TEBUS TUNAI

Sekiranya anda ingin membuat penebusan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN), anda perlulah :
  • Membawa Kad Pengenalan anda sebagai pengesahan bagi rujukan pihak BSN.

KADAR BAYARAN BKM FASA 3

Berikut adalah kadar bayaran bagi penerima yang layak setiap kategori pada fasa ketiga nanti :

1) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,500)

    • Tiada Anak – RM 200
    • 1-2 Anak – RM 300
    • 3-4 Anak – RM 400
  • Pendapatan Isi Rumah ( RM 2,501 – RM 5,000)

    • Tiada Anak – RM 100
    • 1-2 Anak – RM 100
    • 3-4 Anak – RM 100
2) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Berumur 60 tahun dan ke atas 
  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
    • Tiada Anak – RM 500
    • 1-2 Anak – RM 600
    • 3-4 Anak – RM 700

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
    • Tiada Anak – RM 400
    • 1-2 Anak – RM 400
    • 3-4 Anak – RM 400

3) Kategori Isi Rumah (IBT) Mempunyai Anak – Tiada Had Umur

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)

  • 1-2 Anak – RM 800
  • 3-4 Anak – RM900

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
    • 1-2 Anak – RM 600
    • 3-4 Anak – RM 600
4) Kategori Bujang & IBT Tidak Mempunyai Anak – 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan (RM 0 – RM 2,500)

  • RM 150
5) Kategori Bujang & IBT Tidak Mempunyai Anak – 60 Tahun dan ke atas

  • Pendapatan (RM 0 – RM 5,000)

  • RM 150

SEMAKAN BKM FASA 3

Semakan status kelayakan boleh dibuat bermula 20 September 2022 nanti. Berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  • https://bkm.hasil.gov.my/
  • Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan
  • Klik semakan Status
  • Paparan kelayakan akan dipaparkan
  • Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button