Bantuan KerajaanKWSP

Terkini : KWSP Wajar Benarkan Pencarum Buat Pengeluaran Khas Jika Terdesak

Pelbagai usaha telah dilakukan agar pengeluaran Khas KWSP 2.0 dapat dibenarkan. 

Bermula daripada 1 petisyen telah dilancarkan sebagai sokongan terhadap pengeluaran tersebut, sehinggalah 1 borang aduan telah dilancarkan baru-baru ini.

Namun, tiada makluman rasmi lagi yang diumumkan oleh pihak kerajaan selain timbalan Menteri Kewangan memberitahu bahawa pengeluaran tersebut pihak kerajaan akan pertimbangkan.

CADANGAN MEMBENARKAN PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0

Baru-baru ini, Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Selangor (PGIR) mencadangkan kerajaan membenarkan pengeluaran wang khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengikut kategori dan keperluan untuk mengurangkan beban hidup sekarang.

Pengerusinya, Azmi Mohd Tahir berkata, pengeluaran khas KWSP 2.0 amat diperlukan bagi golongan B40, M40 kerana mereka diberhentikan kerja dan ibu tunggal di seluruh negara.

“Bagi suri rumah dan ibu tunggal yang tidak mempunyai pekerjaan tetap serta tidak aktif lagi mencarum, kita berharap mereka dibenarkan untuk mengeluarkan semua simpanan persaraannya.

“Ini bagi membantu mereka menyara kelangsungan hidup yang semakin terhimpit, di samping membantu ekonomi keluarga dan kemajuan pendidikan anak mereka.

“Masalah sama dialami bekas pekerja swasta yang tidak lagi mencarum kerana diberhentikan kerja secara sukarela, baru berhenti dan tidak mempunyai pekerjaan tetap serta sukar mendapat pekerjaan disebabkan faktor usia dan kesihatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azmi berkata, pencarum B40 dan M40 yang masih aktif mencarum berumur 54 tahun ke bawah dan mempunyai simpanan dalam Akaun 1 melebihi RM20,000 perlu dibenarkan mengeluarkan 30 peratus daripada akaun berkenaan.

“Pengeluaran ini mengikut keperluan bagi meneruskan kelangsungan hidup untuk mengatasi masalah ekonomi yang tidak menentu dan peningkatan harga barang berterusan memandangkan sehingga kini pihak kerajaan masih gagal menanganinya dengan baik.

“Bagi pencarum B40 dan M40 yang aktif mencarum serta mempunyai baki simpanan di Akaun 1 kurang RM20,000 mereka seharusnya dibenar mengeluarkan keseluruhan simpanan dan meninggalkan baki RM200 dalam Akaun 1 dan 2,”

PENGELUARAN KHAS KWSP AKAUN 2

Berikut adalah senarai bagi sebarang pengeluaran simpanan KWSP melalui Akaun 2 :

  1. Pembayaran Ibadah Haji
    Dokumen & Syarat Pengeluaran Untuk Daftar Haji

  2. Pembayaran Rawatan Perubatan
    Dokumen & Syarat Pengeluaran Tujuan Pembayaran Rawatan Perubatan

  3. Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah
    Dokumen & Syarat Pengeluaran Tujuan Pembelian Rumah

  4. Pengeluaran Untuk Pendidikan
    Dokumen & Syarat Pengeluaran Tujuan Pendidikan

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button