Bantuan KerajaanBKM

Rasmi : Tarikh Rasmi Bayaran BKM Fasa 3 Telah Di Umumkan Sebentar Tadi

Alhamdulillah. Berita yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia kini akhirnya terjawab sudah.

Untuk makluman anda semua, Perdana Menteri baru sahaja tadi mengumumkan tarikh rasmi bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM Fasa 3).

Untuk tahu lebih lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

BKM FASA 3 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran berjumlah RM2.2 bilion itu akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima.

Ia terdiri daripada penerima BKM sedia ada kategori isi rumah, warga emas bujang atau tiada pasangan, bujang serta individu yang telah lulus rayuan BKM.

Pada pelaksanaan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM Fasa 3) kali ini, kategori penerima yang layak akan menerima bayaran maksimum sehingga RM900.

TARIKH RASMI BAYARAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu bahawa, pelaksanaan bayaran BKM fasa 3 akan bermula pada :

  • 20 SEPTEMBER 2022
Ianya serentak dengan pembayaran Rayuan dan di jangka berjalan sehingga 27 September 2022.

KADAR BAYARAN BKM FASA 3

Berikut adalah kadar bayaran bagi penerima yang layak setiap kategori pada fasa ketiga nanti :

1) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,500)

    • Tiada Anak – RM 200
    • 1-2 Anak – RM 300
    • 3-4 Anak – RM 400
  • Pendapatan Isi Rumah ( RM 2,501 – RM 5,000)

    • Tiada Anak – RM 100
    • 1-2 Anak – RM 100
    • 3-4 Anak – RM 100
2) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Berumur 60 tahun dan ke atas 
  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
    • Tiada Anak – RM 500
    • 1-2 Anak – RM 600
    • 3-4 Anak – RM 700

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
    • Tiada Anak – RM 400
    • 1-2 Anak – RM 400
    • 3-4 Anak – RM 400

3) Kategori Isi Rumah (IBT) Mempunyai Anak – Tiada Had Umur

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)

  • 1-2 Anak – RM 800
  • 3-4 Anak – RM900

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
    • 1-2 Anak – RM 600
    • 3-4 Anak – RM 600
4) Kategori Bujang & IBT Tidak Mempunyai Anak – 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan (RM 0 – RM 2,500)

  • RM 150
5) Kategori Bujang & IBT Tidak Mempunyai Anak – 60 Tahun dan ke atas

  • Pendapatan (RM 0 – RM 5,000)

  • RM 150

SEMAKAN BKM FASA 3

Semakn status kelayakan boleh dibuat bermula 20 September 2022 nanti. Berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  • https://bkm.hasil.gov.my/
  • Klik semakan Status
  • Paparan kelayakan akan dipaparkan
  • Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button