Bantuan KerajaanBKM

BKM Fasa 3 : Jadual Jumlah Bayaran & Semakan Status Penerima – Semak Sekarang!

Seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM Fasa 3) akan mula dilaksanakan pada 20 September nanti.

Perkara ini tentunya membuat seluruh rakyat Malaysia menarik nafas lega sekurang-kurangnya ianya dapat membantu kewangan mereka khususnya bakal penerima yang terjejas.

Mungkin ada di antara anda tidak tahu berapakah jumlah bayaran yang bakal akan anda terima pada fasa ketiga ini. Oleh itu, ingin kami kongsikan kepada anda jadual lengkap jumlah bayaran bagi penerima yang layak.

Ikuti perkongsian dibawah.  

BKM FASA 3 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran berjumlah RM2.2 bilion itu akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima.

Ia terdiri daripada penerima BKM sedia ada kategori isi rumah, warga emas bujang atau tiada pasangan, bujang serta individu yang telah lulus rayuan BKM.

Pada pelaksanaan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM Fasa 3) kali ini, kategori penerima yang layak akan menerima bayaran maksimum sehingga RM900.

TARIKH RASMI BAYARAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu bahawa, pelaksanaan bayaran BKM fasa 3 akan bermula pada :

  • 20 SEPTEMBER 2022
Ianya serentak dengan pembayaran Rayuan dan di jangka berjalan sehingga 27 September 2022.

JADUAL BAYARAN BKM FASA 3

Jadual dibawah adalah kadar bayaran bagi penerima yang layak setiap kategori pada fasa ketiga nanti :

SEMAKAN BKM FASA 3

Semakan status kelayakan boleh dibuat bermula 20 September 2022 nanti. Berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  • https://bkm.hasil.gov.my/
  • Klik semakan Status
  • Paparan kelayakan akan dipaparkan
  • Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button