Bantuan KerajaanBKM

BKM FASA 3 : Indvidu Yang Akan Terima Bayaran Maksimum RM2350 – Semak Sekarang!

Bermula esok, bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3 akan mula dilaksanakan. Bayaran tersebut akan dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat.

Perkara ini tentunya membuat seluruh rakyat Malaysia menarik nafas lega sekurang-kurangnya ianya dapat membantu kewangan mereka khususnya bakal penerima yang terjejas.

Dalam pelaksanaan Fasa Ketiga kali ini, penerima yang layak akan menerima bayaran RM900 sehingga RM2350.

Nak tahu individu mana yang akan terima bayaran tersebut? Ikuti perkongsian dibawah.  

BKM FASA 3 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran berjumlah RM2.2 bilion itu akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima.

Ia terdiri daripada penerima BKM sedia ada kategori isi rumah, warga emas bujang atau tiada pasangan, bujang serta individu yang telah lulus rayuan BKM.

BAYARAN RM900 – RM2,350

Bagi BKM fasa tiga, setiap penerima sedia ada bakal menerima sehingga RM900. Selain itu, rayuan lebih 80,000 penerima sudah diluluskan dan akan menerima sehingga RM2,350, mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah tersebut telah termasuk Bantuan Tunai Tambahan yang telah diumumkan pada Jun lalu. 

Semakan Rayuan BKM boleh dibuat bermula 20 September 2022.

TARIKH RASMI BAYARAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu bahawa, pelaksanaan bayaran BKM fasa 3 akan bermula pada :

  • 20 SEPTEMBER 2022

Ianya serentak dengan pembayaran Rayuan dan di jangka berjalan sehingga 27 September 2022.

JADUAL BAYARAN BKM FASA 3

Jadual dibawah adalah kadar bayaran bagi penerima yang layak setiap kategori pada fasa ketiga nanti :

SEMAKAN BKM FASA 3

Semakan status kelayakan boleh dibuat bermula 20 September 2022 nanti. Berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  • https://bkm.hasil.gov.my/
  • Klik semakan Status
  • Paparan kelayakan akan dipaparkan
  • Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button