Bantuan KerajaanBKM

BKM 2022 : Semakan Status Rayuan BKM & Tarikh Rasmi Pembayaran

Sedia maklum, bayaran bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) fasa kedua telahpun dilaksanakan pada penghujung Jun lalu.

Secara keseluruhannya, RM1.74 bilion telah diperuntukkan untuk memanfaatkan hampir 8.6 juta penerima daripada golongan yang berpendapatan rendah dalam pelaksanaan BKM fasa 2 ini.

Namun, ramai tertanya-tanya mengenai bilakah pembayaran rayuan BKM yang telah diluluskan mula disalurkan? Kali ini, kami akan kongsikan kepada anda tarikh rasmi bilakah ianya akan diberikan.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM RAYUAN)

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.

TARIKH BAYARAN BKM RAYUAN

Seperti yang telah dimaklumkan, tarikh bayaran BKM rayuan akan serentak dilaksanakan pada :

  • Bayaran Fasa 3 & 4

SEMAKAN BKM RAYUAN

Untuk makluman, tiada tarikh rasmi lagi mengenai bilakah semakan rayuan BKM boleh dilakukan. Apa yang pasti, bayaran tersebut akan diberikan serentak dengan fasa 3 & 4 nanti.

Sekiranya tarikh semakan rayuan BKM telah dimaklumkan, semakan tersebut boleh dilakukan di :

JUMLAH BAYARAN BKM RAYUAN

Sekiranya permohonan rayuan anda telah lulus, jumlah bayaran yang akan diterima adalah berdasarkan daripada jumlah bagi setiap kategori penerima yang layak.

MAKLUMAT LANJUT

Permohonan kemaskini maklumat turut boleh dilakukan secara manual di cawangan LHDN yang berdekatan.

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan boleh rujuk melalui :

  • HOTLINE BKK LHDNM : 1 800 88 2747
  • HOTLINE BKK MOF : 03 8882 4565
  • LHDNM e-Mel : [email protected]

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button