Bantuan KerajaanKWSP

Rasmi : Pihak KWSP Telah Membenarkan Pengeluaran Khas Hanya Untuk Tujuan Ini

Ketika ini, segelintir rakyat Malaysia khususnya pencarum KWSP masih mengharapkan agar pengeluaran Khas KWSP 2.0 dapat dilaksanakan. 

Sebelum ini, seorang pengguna Change.org yang bernama Juniza Binti Sulaiman Jue Sulaiman telah memulakan sebuah petisyen untuk menyokong Pengeluaran Khas KWSP 2.0 ini.

Petisyen tersebut telah mendapat sambutan rakyat Malaysia dimana setakat ini “sign” petisyen itu kini mencecah 100 ribu.

Namun, ingin di ingatkan kepada anda, walaupun pihak Kerajaan tidak meluluskan pengeluaran Khas KWSP 2.0, anda masih boleh lagi mengeluarkan simpanan anda melalui Akaun 2 untuk tujuan tertentu.

SKIM PENGELUARAN KWSP AKAUN 2

Melalui perkongsian yang dibuat oleh pencarum KWSP, pihak KWSP ada membuat kenyataan mengenai pengeluaran Khas KWSP 2.0.

Buat masa ini, tiada sambutan / lanjutan untuk pengeluaran Khas 10k. Akan tetapi, ahli KWSP boleh mengeluarkan simpanan mereka tertakluk melalui Skim Pengeluaran KWSP.

SENARAI SIMPANAN PENGELUARAN KWSP AKUN 2

Berikut adalah senarai bagi sebarang pengeluaran simpanan KWSP melalui Akaun 2 :

  1. Pembayaran Ibadah Haji
    Untuk yang menjadi para bakal haji , anda boleh keluarkan wang simpanan akaun 2 bagi mengurangkan bebanan kos. Pengeluaran ini adalah menerusi permohonan untuk perbelanjaan haji dan tujuan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji.
    Dokumen & Syarat Pengeluaran Untuk Daftar Haji

  2. Pembayaran Rawatan Perubatan
    Jika anda menghidapi 36 penyakit kritikal , anda boleh membuat pengeluaran wang akaun simpanan 2 untuk menampung kos perubatan atau alat kesihatan.
    Dokumen & Syarat Pengeluaran Tujuan Pembayaran Rawatan Perubatan

  3. Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah
    Jika anda berazam untuk memiliki sebuah rumah idaman , pihak KWSP akan memberikan kemudahan kepada pencarum agar dapat membantu mereka untuk memiliki rumah pertama menerusi :

    1. Rumah subsale
    2. Pembinaan rumah sendiri
    3. Pembelian rumah lelong
    4. Pembelian rumah mesra rakyat

    Dokumen & Syarat Pengeluaran Tujuan Pembelian Rumah

  4. Pengeluaran Untuk Pendidikan
    Jika anda mempunyai anak yang masih belajar di universiti ataupun kolej , anda akan menampung pembayaran mereka dengan menggunakan akaun simpanan 2 KWSP (jika ada) PTPTN yang tidak mencukupi dan lain – lain.
    Dokumen & Syarat Pengeluaran Tujuan Pendidikan

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button