Bantuan KerajaanJKM

Rasmi : Jumlah Bayaran Untuk Warga Emas Telah Dinaikkan – Semak Sekarang!

Warga Emas di negara kita merupakan salah satu golongan yang sering mendapat perhatian daripada mana-mana agensi kebajikan yang ada. Disebabkan itu, bantuan kewangan untuk golongan ini telah dinaikkan.

Untuk makluman, kadar bantuan Warga Emas telah dinaikkan sehingga RM500 sebulan berbanding tahun-tahun sebelumnya hanya RM 350 sebulan.

Untuk itu, berikut dikongsikan maklumat terperinci mengenai syarat kelayakan dan cara untuk memohon.

BANTUAN WARGA EMAS

Ketika pembentangan Belanjawan 2021 November lalu, Tengku Zafrul yang merupakan Menteri Kewangan menyatakan, kadar bantuan untuk Golongan Warga Emas ini akan di naikkan kepada RM500 seorang.

Untuk pengetahuan, sebelum beliau mengumumkan mengenai kadar kenaikan tersebut, bantuan untuk golongan ini hanya RM350 sahaja. Ini bemakna, tambahan sebanyak RM150 telah diberikan.

Nota : Syarat utama untuk menerima bantuan ini, warga emas tersebut haruslah berdaftar terlebih dahulu dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

KADAR BANTUAN

Sebelum ini, jumlah bayaran yang diterima oleh golongan ini hanyalah sebanyak RM350 sahaja. Namun, ianya telah dinaikkan kepada :

  • RM 500 sebulan

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM500

Beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mesti dipenuhi oleh golongan warga emas sekiranya ingin memohon bantuan ini, antaranya :

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  2. Orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan keatas
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  4. Warga Emas yang Bukan tinggal di Institusi Kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Berikut adalah cara dan langkah untuk membuat sebarang permohonan bagi bantuan ini. Sila ikuti langkah-langkah dibawah ini :
  • Sila ke portal rasmi : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
  • Klik butang “daftar permohonan”
  • Sila masukkan Negeri, tempat tinggal dan nombor MyKad
  • Klik “Daftar”
  • Dalam masa 14 hari, anda haruslah pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran dengan kawasan anda bersertakan dokumen sokongan yang diperlukan
Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan ketika membuat permohonan, antaranya :
  • Salinan MyKad pemohon
  • Salinan MyKad suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan
Untuk sebarang permohonan, anda boleh muat turun borang di pautan di bawah ini :

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan mengenai maklumat lanjut bagi bantuan ini, anda boleh melayari web rasmi iaitu https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php.

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.
No. Tel: 03-8000 8000

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button