Bantuan Kerajaan

Permohonan Bantuan Tunai Pendaftaran One Off BUDI 2022

 

Kerajaan sebelum ini telah melancarkan pelbagai pakej bantuan kewangan. Terdapat bantuan yang baru dilancarkan dan terdapat bantuan yang telah dilancarkan tapi masih diteruskan.

Secara umumnya, pasti ramai di antara kita yang pendapatannya terjejas yang diakibatkan oleh pelbagai faktor. Oleh itu, kita amat memerlukan sokongan kewangan tambahan untuk terus menampung kehidupan seharian.

Bantuan One Off BUDI merupakan salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan hingga kini. Untuk mengetahui lebih lanjut sila rujuk pernyataan di bawah.

BANTUAN BUDI

BUDI merupakan bantuan yang ditawarkan kepada anak-anak Negeri Sabah yang bakal mengikuti pengajian di IPT bagi peringkat Diploma / Matrikulasi / Asasi dan Ijazah Sarjana Muda.

Pelaksaan bantuan ini bertujuan menggalakkan lebih ramai kanak-kanak dari Negeri Sabah melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi sama ada di IPTA atau IPTS.

KADAR BANTUAN

Jumlah bantuan yang akan diterima oleh para pemohon yang layak adalah seperti berikut ;
  • Peringkat Diploma / Matrikulasi / Asasi : RM 1,500
  • Peringkat Ijazah Sarjana Muda : RM 2,000

SYARAT KELAYAKAN

Pelajar yang ingin memohon bantuan BUDI perlu memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut ;
  1. Permohon terbuka kepada pelajar yang akan melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam atau swasta tahun 2022 untuk kemasukan kali pertama ke IPT seluruh Malaysia (Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia) dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  2. Pelajar / Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berasal dari negeri Sabah dan berumur tidak lebih 25 tahun.
  3. IbuBapa atau penjaga pelajar adlah tergolong dalam B40 dan M40.
  4. Pelajar / Pemohon telah mendapat pengesahan kemasukan ke IPT.

CARA MEMOHON BANTUAN

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut ; 
  1. Layari laman sesawang : BUDI Sabah (Klik Sini)
  2. Klik butang ‘Permohonan’
  3. Klik butang ‘Daftar’ di sebelah kanan paparan 
  4. Isi maklumat dengan lengkap dan Klik butang ‘Daftar’
  5. Log masuk dengan memasukkan no.kad pengenalan dan kata laluan yang didaftar
  6. Isi maklumat yang diperlukan 
  7. Kemudian sediakan dokumen sokongan
  8. Hantar permohonan setelah semua maklumat dan dokumen dimuat naik. 

RujukanOnline

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button