Bantuan KerajaanBKM
Kemaskini Maklumat Asas BKM Fasa 3 Dibuka Sehingga 30 Ogos – Kemaskini Sekarang!
Makluman kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang layak. Tarikh kemaskini maklumat asas BKM fasa 3 kini dibuka bermula minggu ini sehingga 30 Ogos 2022.
Kemaskini maklumat Permohonan BKM 2022 adalah bertujuan bagi membolehkan permohonan yang berstatus LULUS sebelum ini mengemaskini maklumat asas sekiranya ada perubahan.
Ingin diingatkan, kemaskini maklumat BKM fasa 3 ini adalah untuk penerima yang lulus dan tidak membuat sebarang rayuan BKM.
Table of Contents
PERKARA YANG BOLEH DI KEMASKINI
Tindakan kemas kini maklumat yang dibolehkan dan dibenarkan adalah seperti berikut :
- Nombor telefon rumah
- Nombor telefon bimbit
- Alamat e-Mel
- Nama dan Nombor Akaun Bank*
- Maklumat Perwakilan
* Sekiranya bayaran BKM 2022 adalah Gagal Kredit atau Tunai sahaja.
INFO MAKLUMAT BKM FASA 3
- Tarikh kemas kini maklumat BKM Fasa 3 dibuka mulai 3 Ogos sehingga 30 Ogos 2022.
- Kemaskini untuk fasa seterusnya akan diumumkan dari masa ke semasa.
- LHDN telah mengumumkan tarikh penerima Bantuan Keluarga Malaysia untuk mengemaskini sekiranya perlu bagi fasa 3 (ada perubahan).
CARA KEMASKINI MAKLUMAT
Kemaskini maklumat BKM Fasa 3 boleh dibuat melalui pautan rasmi semakan BKM di portal rasmi iaitu https://bkm.hasil.gov.my/
- Tekan Log Masuk dan Tekan Kemaskini Permohonan
- Masukkan No My Kad dan tekan Semak
- Isikan semua maklumat bertanda *, isi kod captcha dan klik Sahkan Captcha dan tandakan Perakuan Pemohon
- Tekan butang Hantar bagi membuat pengemaskinian. Klik butang cetak sekiranya perlu.
MAKLUMAT LANJUT
Permohonan kemaskini maklumat turut boleh dilakukan secara manual di cawangan LHDN yang berdekatan.
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan boleh rujuk melalui :
- HOTLINE BKK LHDNM : 1 800 88 2747
- HOTLINE BKK MOF : 03 8882 4565
- LHDNM e-Mel : [email protected]
Zulkepli bin saliman