Bantuan KerajaanBKM

Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 3 & 4 Akan Ditambah Sekiranya Perkara Ini Berlaku

Kerajaan memberi bayangan akan meningkatkan pemberian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada fasa seterusnya sekiranya isu kenaikan harga barang dalam negara masih berlarutan.

Pembayaran kemungkinan untuk fasa 3 dan fasa 4 akan ditambah sekiranya isu kenaikan harga ini berterusan.

JUMLAH BANTUAN AKAN DITAMBAH

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah berkenaan merupakan usaha kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat yang terkesan khususnya golongan B40.

“Bantuan BKM RM 2,600 siapa nak bagi ? Kerajaan sekaranglah yang bagi. Kalau dulu, tak pernah berlaku dalam sejarah kerajaan bagi bantuan lebih daripada RM 2,000. Kita sekarang bagi RM 2,600.

“Jadi kalau kes harga barang naik lagi dan masih tak selesai, BKM Fasa Ketiga, Fasa Keempat, (jika) ada lagi, mungkin kita akan tambah lagi peruntukan untuk kesenangan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kenduri Rakyat bersempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Siri Kelima di Litar Dato Sagor, pada Ahad.

BAYARAN BKM FASA 2 TELAH BERMULA

Pembayaran BKM Fasa 2 telah mula dikreditkan pada 27 Jun lepas bermula 6 petang tadi terdapat beberapa individu telah menerima bayaran BKM Fasa 2. Khususnya, pembayaran diberikan kepada pemegang akaun bank BSN.

Dijangkakan proses pengkreditan akan menjadi semakin cepat setelah pukul 6 petang. Di mana pihak kerajaan akan memberi keutamaan kepada pemegang bank BSN terlebih dahulu.

SEMAKAN STATUS BKM FASA 2

Sekiranya anda ingin membuat semakan kelayakan dan bayaran, anda boleh berbuat demikian melalui portal rasmi BKM iaitu :

  • https://bkm.hasil.gov.my/
  • Klik semakan Status
  • Paparan kelayakan akan dipaparkan
  • Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran


Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button