Bantuan KerajaanBKM

Bantuan 1 Keluarga RM700 – RM900 Akan Dikreditkan Bulan September Nanti

September nanti, isi keluarga yang berkelayakan akan menerima bayaran berjumlah RM700 sehingga RM900. Ianya bertujuan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah khususnya keluarga B40.

Walaubagaimanapun, ianya adalah bergantung kepada syarat kelayakan bakal penerima.

Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.

BANTUAN 1 KELUARGA RM700 – RM900

Terdapat beberapa syarat kelayakan untuk menerima bantuan pada kadar tersebut. Berikut adalah kadar bayaran untuk penerima yang layak :

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Berumur 60 tahun dan ke atas 
  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
    • Tiada Anak – RM 500
    • 1-2 Anak – RM 600
    • 3-4 Anak – RM 700
Kategori Isi Rumah (IBT) Mempunyai Anak – Tiada Had Umur

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)

    • 1-2 Anak – RM 800
    • 3-4 Anak – RM900

MAKLUMAT TAMBAHAN

Baru-baru ini, Perdana Menteri ada memaklumkan ketika beliau menyentuh isu berkenaan kenaikan harga barang ketika ini. Beliau memberitahu dalam sidang media dimana, kadar bayaran BKM akan ditambah jumlahnya sekiranya kadar kenaikan harga barang kian meningkat.

TARIKH BAYARAN

Buat masa ini, tiada makluman rasmi lagi bilakah tarikh bayaran fasa ketiga ini. Apa yang pasti seperti yang telah dijanjikan dan dijadualkan, ianya akan dilaksanakan pada September nanti.

Apa yang kami boleh simpulkan disini mengenai tarikh, pihak kami jangkakan ianya akan dibuat pada penghujung September ini sama seperti bayaran fasa pertama dan fasa kedua. 

SEMAKAN BKM FASA 3

Sekiranya anda ingin membuat semakan kelayakan dan bayaran, anda boleh berbuat demikian melalui portal rasmi BKM iaitu :

  • https://bkm.hasil.gov.my/
  • Klik semakan Status
  • Paparan kelayakan akan dipaparkan
  • Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button