Bantuan KerajaanBKM

Cara Mohon Laptop Percuma Bagi Golongan B40 Tahun 2022

Dalam pembentangan Bajet 2022, Kerajaan bersetuju memberikan tablet percuma kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).

Isu ini baru-baru dibangkitkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz semasa pembentangan bajet 2022.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila ikuti perkongsian dibawah.

PerantiSiswa KELUARGA MALAYSIA

PerantiSiswa ialah inisiatif kerajaan yang direka untuk membantu pelajar yang kurang bernasib baik mendapatkan peranti mereka sendiri. Kerajaan sedar akan cabaran yang dihadapi oleh sesetengah pelajar ketika cuba membuat kerja rumah, seperti perlu meminjam peranti rakan atau perlu ke pusat internet.

Kerajaan Malaysia dan syarikat telekomunikasi terpilih akan bekerjasama untuk menyediakan tablet bagi melancarkan inisiatif PerantiSiswa ini kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi.

Bagi memastikan keperluan pelajar terus terpelihara, peruntukan sebanyak RM450 juta telah disediakan, tidak termasuk sumbangan daripada syarikat telekomunikasi sebanyak RM65 juta ini akan memberi manfaat kepada seramai 600,000 pelajar.

PAKEJ PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membantu dalam menyelaras pakej bantuan ini untuk pelajar IPT dari golongan B40 untuk memiliki ;

  • Peranti Tablet
  • Data Mudah Alih

PERMOHONAN PAKEJ PERANTISISWA

Menerusi kenyataan rasmi yang dibuat oleh Menteri Komunikasi & Multimedia (MCMC) TanSri Annuar Musa, sebarang permohonan bantuan table ini boleh dibuat pada ;
  • 15 April 2022
Beritahu mak dan ayah tak payah keluarkan duit untuk beli laptop atau tablet. Mulai 15 April 2022 ini buat saja permohonan kepada kementerian secara online, Kerajaan akan beri secara percuma ” Kata YB Tansri Annuar Ansa Haji Musa.

CARA MEMOHON

Berikut adalah cara memohon bantuan laptop dan pelan data percuma ;

PELAN DATA 

Untuk pengetahuan anda, semua pelajar layak untuk memohon bantuan ini tanpa mengira sama ada mereka menyambung pengajian di PoliTeknik , Kolej Komuniti , IPTS dan Universiti Awam (UA).

Berikut merupakan cara untuk memohon bantuan pelan data percuma ;
  1. Anda perlu pergi ke Hal Ehwal Pelajar (HEP) pusat pengajian anda.
  2. Menerima kad sim secara percuma , sekiranya anda layak.

LAPTOP PERCUMA

Cara memohon bantuan laptop bagi golongan B40, anda boleh memohon dengan cara klik pautan mengikut jenama yang disediakan di bawah ;     

MAKLUMAT LANJUT

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai program PerantiSiswa ;

1. Khas bagi pelajar golongan B40 yang ibubapanya berpendapatan tidak melebihi RM 4850 sebulan

2. Memanfaatkan 400 ribu pelajar termasuk mereka yang baru mendapat tempat di 
  • IPT Awam / Swasta
  • Kolej Komuniti / Kolej dibawah IPT
3. Fasa pertama roll-out program dijangka seawal Jun

Sila rujuk gambarajah dibawah ;


SYARIKAT TELEKOMUNIKASI YANG TERLIBAT

Dalam pelaksaan pakej PerantiSiswa ini , Syarikat Telekomunikasi & Multimedia (MCMC) akan bekerjasama dengan beberapa syarikat seperti ;

  • Celcom Axiata Berhad 
  • Digi Telecommunication Sdn Bhd
  • Maxis Berhad
  • UMobile Sdn Bhd (U Mobile)
  • Maxis Berhad (TM) dan YTL Communication Sdn Bhd (YES)

RujukanOnline

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button