Bantuan KerajaanPermohonan

BLKM 2022 : Bantuan Lesen Memandu Yuran Serendah RM 250

bantuan lesen keluarga malaysia blkm 2022

Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana kerajaan sedia
ada sentiasa komited dalam membantu khususnya golongan yang tidak berkemampuan.

Terbaru, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan kerjasama
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan bantuan baru iaitu
Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) untuk golongan B40 bagi mendapatkan
lesen memandu kelas B2.

Ikuti perkongsian dibawah untuk lebih lanjut.

BANTUAN
LESEN KELUARGA MALAYSIA (BLKM)

Untuk makluman, BLKM merupakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat
(CSR) MOT melalui JPJ yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob.

CSR ini telah dilaksanakan sejak tahun 1990-an melalui Program JPJ
Bersama Rakyat sebelum menukar namanya kepada Program Satu Komuniti Satu JPJ
dan Program Bantuan Lesen Memandu Prihatin.

Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan BLKM adalah untuk golongan B40 dan
masyarakat Orang Asli yang menghadapi kesukaran mengikuti kelas di
institusi latihan memandu.

INISIATIF
BLKM

Melalui pelaksanaan BLKM ini, individu yang berkelayakan akan menerima
diskaun dan hanya dikenakan bayaran sebanyak :

  • RM 250

Jika
diikutkan, kos sebenar bagi memiliki lesen ini adalah sebanyak RM 750 seorang.
Dengan bantuan BLKM ini, individu yang layak akan jimat RM 500.

SYARAT
KELAYAKAN

Berikut
adalah syarat kelayakan :

  • Warganegara
    Malaysia
  • Berumur 16
    tahun ke atas
  • Sihat
    fizikal dan mental
  • Tiada
    kecacatan fizikal
  • Tidak
    disenaraihitamkan (blacklist) oleh JPJ atau polis
  • Tidak
    mempunyai sebarang lesen memandu

CARA MEMBUAT
PERMOHONAN

Setakat
ini, pihak kami belum menerima kenyataan rasmi dikeluarkan mengenai bagaimana
cara untuk memohon. Walaubagaimanapun, ianya akan kami kemaskini dari semasa ke
semasa.

MAKLUMAT
LANJUT

Sebarang
pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai BLKM ini, anda boleh rujuk di 
https://www.facebook.com/motmalaysia

 

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button