Bantuan KerajaanJKM

Bantuan JKM Julai 2022 – Bayaran Bermula Hari Ini

bantuan JKM julai 2022

Untuk bulan Julai ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengambil inisiatif dalam melaksanakan bayaran bantuan JKM Julai 2022 mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Oleh itu, berikut adalah perkongsian pihak kami mengenai maklumat terkini pembayaran bantuan JKM untuk bulan ini.

TARIKH BAYARAN BANTUAN JULAI 2022

Untuk makluman semua, bayaran bantuan bulanan JKM bagi bulan Julai 2022 akan dikreditkan kepada penerima bermula :

  • 11 Hingga 12 Julai 2022

SENARAI BANTUAN JKM YANG ANDA BOLEH MOHON

Berikut adalah bantuan JKM yang anda boleh mohon :

1. Bantuan Kanak-Kanak

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) merupakan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan khas untuk membantu keluarga, penjaga dan anak-anak untuk kelangsungan hidup dan mendapat penjagaan yang sewajarnya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina binti Mohd Harun, mengumumkan peningkatan jumlah bantuan sebanyak RM1000 berbanding RM450 sebelum ini.

Panduan Memohon Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 : Bantuan Kanak-Kanak

2. Bantuan Warga Emas RM500

Bantuan Warga Emas atau Bantuan Orang Tua akan dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang bagi mereka yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Panduan Memohon Bantuan Warga EMas RM500 : Bantuan Warga Emas

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di:

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.

No. Tel: 03-8000 8000

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button